Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Friday, 28 May 2010

Mudahnya Memaafkan Vell Paari....Hukum dulu..

KUALA LUMPUR 26 Mei – Walaupun disifatkan sebagai biadab namun anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, S. Vell Paari dan Ketua Pemuda parti itu, T. Mohan tetap enggan memohon maaf, sebaliknya terus mempertahankan kenyataan masing-masing.

Dalam kenyataannya hari ini, Vell Paari yang merupakan anak kepada Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau tidak kisah dilabelkan sebagai biadab oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berpendapat kenyataan yang dibuatnya mewakili suara ahli-ahli parti dan orang India.

28 Mei S Vell Paari minta maaf.......“Sehubungan itu, saya meminta maaf kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini."Maju ke hadapan, saya harap kita boleh melupakan ini semua dan bekerjasama seperti yang kita sering ada dalam keluarga Barisan Nasional," kata beliau. - BERNAMA

Adakah bergitu mudah kita semua memaafkan S Vell Paari, meminta maaf setelah berjaya melukai hati UMNO, Melayu dan Diri ini sebagai Melayu Islam. Kemungkinan akan datang kelak orang yang lebih BIADAB terhadap MELAYU dan kemudian meminta maaf. Sebab Melayu mudah meminta maaf dan mudah memaafkan.
Adakah cukup sekadar memimta maaf, jika kita melakukan kesalahan merogol dan tiada sebarang hukuman..(Maafkan aku..kerana TERrogol kau..cukupkah bergitu)Adilkah..SAMARATA kah. Itukah jenis SAMARATA yang kamu mahu wahai Si Biadab S V Paari.Terlajak perahu boleh berundur..Terlajak kata BURUK rupanya?.
Wahai anak BangsaKu, lihatlah betapa mudahnya meminta maaf setelah berjaya meluahkan perasaan dan mengguris hati kita semua. Adakah kita perlu menerima maafnya. Bagi aku TIDAK sesekalinya. Agar menjadi TELADAN kepada yang lain. BY M69.

0 comments: