Wakil-Wakil Rakyat dalam Parlimen Ayer Hitam merealisasikan bulan ramadan dengan mengadakan penyampaian kepada 826 orang fakir miskin dengan nilai barangan RM 45,430.00 pada 20hb Ogos 2011 di Dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam. UMNO Bahagian Ayer Hitam yang menjadi penyelaras kepada program ini memberitahu iaitu dari pada jumlah tersebut sebayak 488 orang dari DUN Semarang dan 338 orang dari DUN Yong Peng. Selain dari wakil-wakil rakyat, turut memberi sumbangan ialah Bank Rakyat Malaysia sebanyak RM 20,000.00, Pasaraya Selesa RM 5000.00 dan para individu dan usahawan tempatan. Atas kedermawanan ini pihak UMNO Bahagian mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua yang terlibat menyalurkan sumbangan.
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment