Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday 11 January 2011

Salah KAH..menasihati Melayu...Salahkah Markom...

SENAI - Pas Johor membuat laporan polis terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, tiga hari lalu, dengan mendakwa kempen bagi menyokong UMNO dan BN telah dilakukan Pengarah berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, laporan polis itu dibuat kerana Markom didapati berkempen bagi parti berkenaan ketika Markom berada di Tenang.

Antara isi kandungan yang dibuat dalam laporan itu ialah Markom dikatakan berkempen untuk BN di pilihan raya kecil (PRK) N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi BN, memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi BN dalam PRK N05 DUN Tenang dan berkempen kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Ibrahim Labis, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi BN.

Pas Johor juga dalam laporannya yang dibuat pada jam 11 pagi di Balai Polis Labis, memohon agar polis dapat menyiasat perkara itu dan meminta agar tindakan diambil dengan segera.

Sementara itu, Markom ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau menafikan dan tidak menjalankan sebarang kempen seperti mana yang didakwa Pas Johor sebaliknya hanya sekadar memberi ucapan terima kasih kepada kerajaan.

“Saya bukan orang BN atau pun UMNO untuk dikatakan berkempen di Tenang. Saya sekadar memberikan ucapan terima kasih pada kerajaan yang telah banyak memberi jasa pada rakyat dan diri saya sendiri.

“Saya ingin katakan pada orang ramai dan guru-guru saya supaya sokong kerajaan dan kalau kita fikir kebaikan orang Melayu pada masa akan datang kita perlukan perpaduan di kalangan Melayu sendiri.

“Saya tegaskan supaya orang Melayu tuntut ilmu dengan hebat supaya tidak dimonopoli pihak lain. Bangsa Melayu mesti bersatu dan yang telah berjaya satukan orang Melayu adalah di bawah pimpinan UMNO,” katanya.

Menurut Markom, pada 31 Disember lalu beliau diminta memberikan ucapan oleh imam masjid selepas sembahyang Jumaat di masjid Kampung Tenang.

Beliau berkata, kehadirannya memberi ucapan hanya pada hari berkenaan iaitu di masjid Kampung Tenang dan tiada ucapan diberi di tempat-tempat lain.

Dalam ucapan yang disampaikan itu menjurus kepada tajuk “Tuntutan Masjid Terhadap Tanah Rizab Sekolah Sebagai Rizab Tambahan Sekolah” dan kemudian beliau juga berucap mengenai orang Melayu dan agama Islam selain sekadar mengingatkan orang ramai untuk berterima kasih pada kerajaan.

“Terpulang pada mereka jika hendak membuat laporan polis atau telah membuat laporan polis. Saya tidak berkempen, tiada sepanduk, tiada kain rentang atau apa-apa surat jemputan dikeluarkan yang mempunyai unsur-unsur kempen,” katanya.

Seramai 20 ahli Pas hadir bersama membuat laporan polis berkenaan selain turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamad dan Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman. (Sumber Berita dari SINAR)

0 comments: