Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday, 18 January 2011

Guru yang bagaimana?....untuk anak BangsaMU.

Guru..Bangkitlah..bersama.

Guru jasamu bagai BUIH di Tujuh Lautan.

Jangan cemarkan dengan menodai anak bangsaMU sendiri, jangan melupus jasa pejuang Guru zaman pra merdeka dan awal merdeka.. Ingatlah... Si Lucai dengan labuNya..ingatlah Cik Gu Rahim dengan Kapal Sink Nya. Ingatlah..pengharapan seluruh IBU BAPA di pundakmu..

Siapa GURU...Golongan guru ialah antara suara lantang yang bangkit memperjuang kemerdekaan ketika negara berada di bawah kuasa Inggeris dan sebelum tanah air bebas daripada penjajahan.

Kemunculan golongan ini yang dianggap sebagai elit dalam komuniti Melayu ketika itu turut merubah landskap kehidupan bangsa yang sekian lama terhimpit akibat dasar pecah dan perintah penjajah..adakah dasar ini telah dan akan berulang kembali..adakah GURU Harus Bangkit lagi..siapa tukang. pecah..siapa tukang perintah...PAS DAP PKR...

Seawal pertengahan kurun ke-19, sekolah yang memberi peluang pendidikan kepada orang Melayu mula tumbuh macam cendawan dan sekolah ialah institusi awal yang dibina untuk menzahirkan tanggungjawab pemerintah berdasar perjanjian dengan Raja-raja kepada bangsa Melayu.


Nikmat kemerdekaan yang dikecapi rakyat hari ini juga, bukan semata-mata daripada aspek kebendaan tetapi kemuncak hasil pendidikan yang baik.

Dalam mewujudkan sistem persekolahan di peringkat awal, banyak pihak memainkan peranan dan sebahagian besarnya ialah tenaga dan kudrat guru, khasnya guru-guru Melayu.


Guru sebelum merdeka turut sinonim dengan gelaran 'obor' dalam masyarakat, tapi kini ada yang lupa asal usul dan cuba memadam "OBOR" dan ingin menjadi juara untuk kelompok yang ingin menghapuskan anak BangsaNya sendiri.

Semangat kebebasan dan kemerdekaan dalam kalangan guru-guru Melayu pramerdeka sememangnya menebal, tetapi yang lebih kuat ialah perasaan kesedaran tentang kemiskinan orang Melayu.


Isu kemiskinan ini turut dipaparkan di dalam akhbar dan majalah terutama sekitar 1930-an dan ada juga guru yang menulis mengenai perkara yang sama di dalam majalah mereka sendiri.

"Tulisan Za'aba (ahli bahasa yang banyak menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu) turut memain peranan dan Majalah Guru mempunyai pengaruh meluas.

Memandangkan golongan guru mempunyai pengetahuan dan pendedahan mengenai kemerdekaan serta memahami perasaan terhimpit bangsa Melayu, mereka bangkit sebagai pemimpin dalam masyarakat setempat.

Guru-guru juga penyokong kuat parti Melayu seperti UMNO.

Mereka itu seperti (Tun) Ghafar Baba, (Tan Sri) Senu Abdul Rahman, (Tan Sri) Khir Johari, (Tan Sri) Aziz Tapa, Cikgu Borhan dan ramai lagi.

Mereka yang menyertai UMNO kemudian turut menyandang jawatan tinggi dan sememangnya guru mengungguli UMNO ketika itu.
Pada masa dulu guru Melayu masuk berjuang dalam politik tanpa motif kepentingan kebendaan. Perjuangan mereka semata-mata berlandaskan agama, bangsa dan Tanah Ayer...Alif Ba Ta.

Mereka juga banyak mengorbankan masa dan wang sendiri untuk perjuangan mereka.
Maka tidak keterluan untuk disimpulkan golongan guru memainkan peranan amat strategik dalam percambahan dan perkembangan sosial, mental dan politik masyarakat Melayu.

Di peringkat awal kebangkitan golongan guru ini, mereka cuma dilengkapkan dengan pengetahuan yang agak asas, mereka ini berhati waja serta memiliki semangat yang berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa.

"Salut dan tabik hormat untuk guru. Mereka bak wira yang tidak dicanang tetapi telah memainkan peranan besar membangun dan mencorak perkhidmatan pendidikan. kecemerlangan Negara, Agama, dan Bangsa"
Guru yang bagaimana...Guru yang seperti Apa...yang harus di contohi..
Dan sekarang marilah kita semua melihat, memerhati,mentafsir, menganalisis ...akan pertembungan antara GURU dan ADO Rengit, di Dun Tenang.
PILIHAN di Jari ANDA..semuga TENANG.

(Sumber rujukan 26.08.2010 Bernama. Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia PSM).
BY M69.

0 comments: