
“1Malaysia 1Ummah"Kami Ahli UMNO Dun Semarang Bersama YB Datuk Samsolbari Bin Jamali mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1432, serta menyambut Tahun Baru 2011 kepada, semua warga Malaysia, Johor, UMNO Bhg Ayer Hitam, UMNO Dun Yong Peng, khususnya DUN Semarang . Semoga pada tahun ini kita mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT.Mari lah kita bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita serta mengembeling tenaga bagi kemajuan masyarakat setempat. Apa yang belum terlaksana dari tahun 2010, kita sama-sama dapat berusaha melaksanakannya dengan segera demi kemajuan serta keharmonian kita bersama dan masyarakat keseluruhannya. Marilah kita bersama berkhidmat di posisi masing-masing dengan lebih berkesan lagi. bagi kemajuan diri. Agama. UMNO dan masyarakat kita.Sekali lagi kami mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432 serta selamat Tahun Baru 2011. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi kita yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Amin. By M69
MARI SYAHADAH
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka.
MARI MENGUCAP. ByM69
Monday, 6 December 2010
Salam Maal Hijrah 1432 " CG Malaysia CG Ummah"
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Monday, December 06, 2010
0
comments
Saturday, 4 December 2010
Kg Haji Mean,,,,mohon Balai Raya.
KAMPUNG HAJI MEAN – Penduduk Kampung Haji Mean, Sungai Bekok, Yong Peng mengharapkan pihak yang berkenaan membantu mereka mendirikan sebuah balai raya bagi memudahkan lebih kurang 200 penduduk untuk mengadakan sebarang aktiviti.Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga anak kepada pengasas kampung berkenaan, Mokhtar Mean, berkata sekarang ini penduduk kampung terpaksa menggunakan sebuah warung yang ada untuk dijadikan tempat mereka berkumpul.Menurutnya, kerana ketiadaan tempat khusus untuk mereka berkumpul dan berbincang bersama mereka menggunakan warung yang selalunya dikenali sebagai tempat penduduk kampung minum.
pembinaan balai raya berkenaan yang bakal di- gunakan sebagai pusat aktiviti kami yang sebelum ini kami terpaksa melakukan aktiviti berkenaan dengan tidak sempurna kerana tiada tempat yang khusus.
Mokhtar berkata, ada juga aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana tempat yang sesuai dengan apa yang dirancang tidak ada di kampung ini seperti apa juga pertandingan di peringkat kampung atau pun kursus serta ceramah.“Hendak menggunakan dewan orang ramai pihak majlis terlalu jauh yang berada di pekan Yong Peng dan sudah tentu ramai yang tidak dapat menyertainya serta ia agak tidak sesuai.

Menurutnya, tempat untuk didirikan balai raya berkenaan sudah ada dan hanya untuk menunggu pihak yang berkaitan sahaja mahu membinanya atau pun tidak.(Sumber Berita SINAR dan Fcebook Nuriyati/Subah) Berdasarkan maklumat di atas Saya telah ke Kg Haji Mean dan bertanyakan berkaitan berita tersebut, namun En Mokhtar tiada saya berjumpa salah seorang penduduk yang enggan namanya di siarkan, memang benar penduduk Kg Haji Mean memerlukan Dewan Orang Ramai untuk pelbagai aktiviti. Majoriti kami adalah ahli akar UMBI UMNO yang di bawah Dun Yong Peng. Setakat ini kami hanya memohon secara lisan sahaja
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, December 04, 2010
0
comments
Labels: Aduan Masyarakat.
Thursday, 2 December 2010
Balai BOMBA PT RAJA atau AYER HITAM


KEBAKARAN yang sering berlaku di kawasan Pt Raja dan Ayer Hitam seringkali memusnahkan segalanya, disebabkan Balai Bomba terdekat jaraknya hampir 20km di Batu Pahat dan Yong Peng. Keprihatinan pemimpin UMNO dalam memperjuangkan pembinaan Balai Bomba di sekitar kawasan PT Raja dan Ayer Hitam telah menampakan hasilnya. Di waktu ini satu projek pembinaan Balai Bomba sedang dilaksanakan di batu 19 Jalan Kluang, Ayer Hitam. Tetapi agak kurang sesuai di atas nama "Balai Bomba Pt Raja" kerana jarak dari Pt Raja sejauh 10km sedangkan jarak dari Pekan Ayer Hitam hanya 2km sahaja. Oleh itu kami cadangkan semuga tidak mengelirukan orang awam, ditukar kepada "Balai Bomba Ayer Hitam". Kami warga Dun Semarang mengucapkan terima kasih kepada UMNO yang sering memperjuangkan masalah masyarakat setempat. Tahniah dan terima kasih sekali lagi.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Umum
Tahniah BOMBA SUKARELA Ayer Hitam.

Kemusnahan besar harta benda atau kehilangan nyawa akibat kebakaran dapat dielakkan melalui tindakan segera ahli masyarakat yang memiliki kemahiran mengawal bencana itu daripada merebak, sementara menanti kehadiran anggota bomba.
meningkatkan pengetahuan ahli masyarakat untuk mengawal kebakaran, usaha harus dilaksanakan bagi menubuhkan pasukan bomba sukarela terutama di kawasan perumahan atau kampung kerana pasukan seperti itu dapat memberi bantuan segera sebelum kehadiran anggota bomba.
Menyedari perlunya tindakan awal ketika kebakaran dan bantuan segera kepada mangsa, sekumpulan penduduk Ayer Hitam di sini, menubuhkan pasukan bomba sukarela sendiri yang bertindak sebagai pasukan pertama untuk memberi bantuan jika berlaku sebarang kejadian kerana ketiadaan balai bomba di pekan berkenaan.
Pasukan itu yang ditubuhkan pada 1989 dengan keahlian seramai 34 orang, mendapat latihan keselamatan kebakaran daripada anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat serta Yong Peng.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ithnin Osman, berkata, penubuhan Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam oleh penduduk itu, satu langkah tepat kerana peningkatan jumlah penduduk di sekitar pekan berkenaan
Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Ayer Hitam, Ong See Tiam, pula berkata pada awal penubuhannya 20 tahun lalu, pasukan itu hanya menggunakan sebuah kenderaan pick-up untuk melakukan tugas menyelamat.
Kini, pasukan itu yang memiliki ahli lebih 70 orang sudah memiliki sebuah kenderaan yang dilengkapi peralatan memadam kebakaran terkini yang disumbangkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
"Kami sudah bergerak selama 20 tahun dan dalam tempoh itu, kami sudah berjaya membantu meringankan tugas anggota bomba.
"Dengan adanya lebih banyak pasukan bomba sukarela, saya percaya banyak kebakaran dapat dikawal daripada merebak, sebelum kehadiran anggota bomba," katanya
BY M69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Umum
Kebakaran Tragis di Kg Sri Paya Darat.

BATU PAHAT: Seorang ibu tunggal dan anaknya berusia tiga tahun, rentung dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Lenny Mariyana Daud, 29, serta anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan ketika cuba menyelamatkan diri, sebelum maut dalam kebakaran berkenaan.
Lebih menyayat hati, anggota keluarga termasuk ibunya, Saringatin Jalal, 65 serta adik-beradiknya yang lain hanya mampu menangis melihat tragedi itu tanpa mampu berbuat apa-apa, berikutan api terlalu marak. Mayat Lenny Mariyana ditemui dalam keadaan membongkok seperti bersujud sambil memeluk erat anaknya untuk memberi perlindungan daripada api, di sudut tepi katil kira-kira jam 3 pagi, selepas anggota bomba berjaya memadam kebakaran. Menurut cerita kakak mangsa, Arwah baru pulang dari menghantar ibu berurut "Arwah terus membasuh baju dan bersolat sebelum tidur di biliknya kira-kira jam 1 pagi dan saya pula melakukan kerja di dapur sehingga kira-kira jam 1.30 pagi, sebelum berehat di ruang tamu. "Ketika berehat, saya terdengar bunyi hentakan lantai dari bilik arwah tetapi tidak mengendahkannya kerana mungkin arwah atau anaknya mengigau, tetapi bunyi lantai itu semakin kuat diikuti jeritan Lenny Mariyana meminta tolong serta tangisan anaknya, membuatkan saya tersentak dan terkejut. "Saya dan ibu bergegas ke biliknya dan membuka pintu, tetapi api marak menyebabkan kami tidak mampu mengeluarkan mereka dari situ," katanya.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robia Kosai, yang turut melawat keluarga mangsa bagi menghulurkan bantuan kecemasan iaitu wang, pakaian serta makanan.
Jenazah dua beranak itu dikafankan bersama dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Seri Paya dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam. (Sumber Berita Harian Oleh Mohamed Farid Noh)Foto ihsan dari Pejabat UMNO UBAH ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Umum
Kunjungan Kasih Pejabat UMNO Ayer HItam
Pak Cik Mohd Ali dihadapan rumahnya yang telah usang.
Kami telah menerima aduan dari penduduk setempat(26.11.2010) berkaitan masalah tempat tinggal keluarga warga emas. Butiran yang kami telah terima dan kami dari Pejabat UMNO Ayer Hitam telah berkunjung ketempat tersebut.
Penama : 1- Mohd Ali Bin Bachik
2- Petom Binti Jaffar
lokasi : Bt. 19½ Jln Batu Pahat, Ayer Hitam
Masalah : Rumah & penghuninya uzur
Tindakan Awal : Melawat tempat aduan pada 29.11.2010.
Tindakan susulan : Tindakan yang lebih konkrit pada masa akan datang.
Sdr. Fauzani bin Salubin bagi pihak UMNO Ayer Hitam dan Pemuda UMNO menyampaikan sedikit sumbangan kepada Pak Cik Mohd Ali yang uzur bersam isterinya Puan Petom.
(Berita dari Pejabat UMNO Ayer Hitam)ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, December 02, 2010
0
comments
Labels: Aduan Masyarakat.
Tuesday, 30 November 2010
TEGAS kepada Melayu...Toleransie kepada yang lain....TAHNIAH!!!!

Nazri pertahan kenyataan Namewee tak bersalah
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.
Menurutnya, reaksi kurang senang ditunjukkan sesetengah pihak terhadap kenyataan beliau itu berkemungkinan disebabkan mereka tidak memahami undang-undang atau dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan tetap mengambil tindakan terhadap Namewee kerana mendakwa video itu mempunyai unsur hasutan.
"Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain.
"Untuk kita kata dia mesti ada kesalahan lain sehingga boleh didakwa, itu sudah semacam kita ada masalah peribadi dengan dia. Sebagai pengamal undang-undang kita perlu profesional dan tidak mengambil sesuatu secara peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.
Kelmarin, beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Namewee melalui klip video terbarunya mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Disebabkan itu, mengikut akta tersebut katanya, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee.
Sebagai mengulas kenyataan menteri itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad menzahirkan rasa terkejut kerana menganggap video itu mempunyai unsur-unsur hasutan yang membolehkan Namewee didakwa.
Mohamed Nazri menambah, meskipun terdapat kritikan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, namun ia tidak menjadi masalah kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.
"Kalau dia kritik saya sebagai seorang menteri, tak kan saya hendak ambil tindakan? Tiada tindakan boleh diambil kecuali jika dia melanggar undang-undang negara.
"Kalau ada mana-mana pihak yang rasa cerdik, pergilah nasihatkan Peguam Negara di bawah akta manakah undang-undang boleh diambil ke atasnya. Pejabat Peguam Negara sudah tengok klip video itu dan berbincang tetapi tiada tindakan boleh diambil. Itu hakikatnya," ujarnya.
Mengenai klip video negarakuku yang lebih awal dihasilkan Namewee, beliau memberitahu masih belum menerima apa-apa makluman daripada Pejabat Peguam Negara.
Namun beliau terlebih dahulu memberitahu bahawa tindakan tidak dapat diambil di bawah Akta Hasutan kerana apa dilakukan itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada kaum Melayu sahaja malah rakyat Malaysia berbilang kaum.
"Kita tak boleh ambil tindakan di bawah akta hasutan kerana apa dilakukan itu sebenarnya mendatangkan perasaan marah bukan hanya pada sesuatu kaum tetapi pada semua kerana negara ini bukan hak orang Melayu.
"Kalau negara hanya hak orang Melayu dan dia hina negara, itu mungkin menghasut dan bersifat perkauman tetapi di sini ia tidak menjadi isu perkauman kerana negara ini hak rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya.
Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama masa diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap klip video negarakuku, Nazri menegaskan: "Peguam Negara belum maklumkan apa-apa lagi. Saya tunggu nasihatnya.
"Saya pun tidak tahu mungkin ada akta menghina lambang-lambang Malaysia yang membolehkan tindakan diambil tetapi di bawah Akta Hasutan, ia jelas tidak kerana Negaraku bukan hak orang Melayu sahaja.
"Sebagai menteri yang menjaga undang-undang, saya tidak kira siapa. Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, saya tetap akan ambil tindakan jika dia bersalah. Undang-undang tetap perlu ditegakkan," tegasnya.(Utusan Melayu)
Wahai anak bangsaKu ingatlah..jika kau menjadi Pemimpih dimasa hadapan..jangan sesekali menghina BangsaMu sendiri..kelak kamu akan rugi...,berfikiran secara matamg bukan MENGKAL dan Dangkal..nanti kuburMu hanya panjang si JENGKAL...BYM69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Tuesday, November 30, 2010
1 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO, Umum
UMNO Hulur Sumbangan...di Kg Pt Haji Ali.
Sumbangan derma dari UMNO kepada Saudara Jamil Asmaon
disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Junaidi Bin Kamari
UMNO Bhg Ayer Hitam, telah menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa kebakaran , Saudara Jamil Asmaon yang telah di timpa musibah kebakaran pada 11.Nov 2010.
Sumbangan derma telah di sampaikan oleh Tn Haji Mohd Junaidi Bin Kamari, Naib Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam, yang mewakili Datuk Samsolbari Bin Jamali yang ketika ini sedang menunaikan fardu Haji. Mangsa kebakaran juga telah di lawati oleh YB Wee Ka Siong selaku Ahli Parlimen Ayer Hitam bersama Setiausaha Umno Bhg Ayer Hitam Saudara Abdul Halid Saat. (Sumber berita dan foto dari Pejabat UMNO Ayer Hitam. Terima kasih)
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Tuesday, November 30, 2010
0
comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang, Umum
Saturday, 27 November 2010
SONGKOK?
Songkok tinggi pemberian kami
yang kau pakai di kepala bahlol itu
menunjuk-nunjuk pandainya
di hadapan kami
yang kau sangka sama bahlolnya
dengan kepalamu itu
lantas
kau menjaja songkok tinggi pemberian kami
bersama- sama dengan hidungmu yang semakin tinggi
ke sana ke mari
ke darat ke baruh ke laut
membuka pekung
dengan baju bangang yang terbukadi dada
dari dalam pekung itu
keluar nanah khianat
yang melemaskan bangsa
ingatlah

songkok itu pemberian kami
diperbuat daripada darah nenek moyang
jangan kau kotori
dengan tahi hidungmu yang semakin meninggi.
.by KhXXX JoXXX A M on Tuesday, November , 2010 at 12:13pm.
(Gambar hiasan sahaja..tiada kaitan dengan Pejuang Bangsa Melayu di atas)
(Nukilan ini di kirim oleh seorang pembaca blog dunsemarang kepada saya untuk di Upload. Saya ucapkan terima kasih..banyak yang tersirat khasnya untuk Ahli UMNO.Kepada siapa di tujukan..Ahli akar Umbi. Ketua Cawangan..AJK...samalah kita fikir..Semuga anak bangsaku dari UMNO tidak terus leka...)
ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, November 27, 2010
0
comments
Labels: Umum
Wednesday, 24 November 2010
Pertandingan KOULEM (Kolam) anjuran PPP.Kelab Belia Bell dan UMNO Ayer Hitam
21.11.2010 Yong Peng Pertandingan Tradisional masyarakat Tamil(India) dinamakan KOULEM telah diadakan di Yong Peng. Para peserta terdiri dari kanak-kanak masyarakat Tamil sekitar Yong Peng dan Parlimen Ayer Hitam. Pertandingan Koulem ini adalah anjuran PPP Bhg Ayer Hitam bersama Kelab belia Bell Yong Peng, serta UMNO Ayer Hitam.YB Datuk WKS menutup rasmi program lni pada jam 1.30 ptg dengan slogan 1 MALAYSIA.Semuga Semangat Satu Malaysia menjadi satu identiti baru rakyat Malaysia, jangan setakat di bibir sahaja.(Sumber Berita SuBAH Halid) ByM69
Aaaaa.....ni la hasil karya yang menang peretandingan Koulem tu. Cantik kan?......1 Malaysia.Puan Wahida Ketua Wanita PPP tu senyum lebar sbb projeknya menjadi. Tahniah PPP
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Wednesday, November 24, 2010
0
comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang, Umum
Tuesday, 23 November 2010
AKTIVITI PUTERI UMNO JOHOR & PUTERI UMNO BHG AYER HITAM



21 NOV 2010, PROGRAM KONVOI KEBAJIKAN, PUTERI MENYUSUR AKAR, PERG.PUTERI UMNO JOHOR.. MENJELAJAH DAERAH BATU PAHAT.. Alhamdulillah..Program Konvoi Kebajikan Puteri Menyusur Akar Daerah Batu Pahat,telah berjaya di laksanakan dengan lancar serta mencapai visi dan misi. Kami PUTERI UMNO JOHOR merasa seronok dan puas,dapat menjelajah seluruh Bt Pahat.. Program diakhiri dengan menziarah
& memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pt Hj ALi. Segala kekurangan kami mohon keampunan.
(Berita dari Nuriyati Md Ithnin KP Puteri UMNO Bhg Ayer Hitam)
By M69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Tuesday, November 23, 2010
0
comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Friday, 19 November 2010
Resis...Siapa Rasis..Cina Atau Melayu............. Tak SelesaKAH tinggal di Tanah Melayu?

Antara keUNIKkan yang terdapat di negara INI ialah kita meLIHAT bagaimana akhbar-akhbar berBAHASA bukan Melayu diTERBITkan dan diEDARkan secara terbuka tanpa mengambil kira perutukan perlembagaan bahawa Bahasa Melayu adalah sebagai BAHASA KEBANGSAAN.. Yang lebih UNIKnya lagi, akhbar-akhbar sebegini bukan sahaja tidak mengGALAKkan keHARMONIan sesama KAUM, malah disalah-gunakan untuk menyebarkan fahaman perKAUMan SEMPIT tanpa mengambil kira SENSITIVITI kaum-kaum LAIN terutamanya orang Melayu sebagai penduduk MAJORITI negara INI..
Kita ucapkan SYABAS kepada Kumpulan Utusan kerana mengambil INISIATIF untuk menTERJEMAHkan dan menyampaikan maklumat daripada akhbar-akhbar Bahasa CINA di dalam Utusan Malaysia (Terima Kasih dan Ihsan dari
http://parpukari.blogspot.com/)
TIMBALAN editor akhbar Sin Chew Daily, Lim Swee Guan dalam ruangan pendapat
MCA dan Masyarakat Cina
Penulis yang menggunakan nama samaran Yap Bing memberikan pandangan berhubung MCA dan masyarakat Cina dalam ruangan pandangan rakyat akhbar China Press terbitan 15 November. Beliau menyentuh mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai langkah pertahankan hak masyarakat Cina yang perlu dilaksanakan.
Artikel berkenaan turut memetik kenyataan Soi Lek yang berkata, “Jika ia tidak dapat dilaksanakan, saya letak jawatan.”
http://drchua9.blogspot.com
Soi Lek turut menyatakan komitmen bahawa MCA akan melaksanakan langkah mempertahankan hak masyarakat Cina supaya masyarakat Cina nampak BN menjaga kepentingan mereka.
Ini termasuklah isu sijil gabungan sekolah menengah Cina, kemasukan ke maktab perguruan, pembahagian sama rata biasiswa, penyelarasan separuh bantuan sekolah rendah Cina dan isu penggunaan tapak sekolah rendah Cina.
Tambah Yap Bing, masyarakat Cina sudah lama mendengar segala janji yang ditaburkan itu. Ingatan masyarakat Cina masih segar. Tetapi kenapa semakin senyap dan tidak ada perubahan. Contohnya isu perpindahan sekolah rendah Cina, kekurangan guru-guru di sekolah rendah Cina, ekonomi dan pendidikan yang melibatkan kepentingan masyarakat Cina semuanya tidak jelas.
‘‘Semuanya tidak dilayan dengan adil dan tidak diselesaikan secara teratur. Sudah berapa tahun masyarakat Cina memendam rasa. Jika buat kaji selidik, selama ini kerajaan memang laksanakan polisi rasis. Kebanyakan isu tidak ditangani dengan adil serta menyeluruh kepada semua rakyat,” jelasnya.
Sampai bilakah kamu tidak puas hati pada Melayu...Adakah kamu haraf sehingga seperti Singapura..hingga hilang Melayu kamu telan..siapa sebenarnya yang memulakan RESIS...adakah 13 mei angkara Melayu..atau sifat resis golongan Kamu...ya Kamu..siapa Kamu..adakah MCA dan Masyarakat Cina..Wahai anak BangsaKU..bersatulah...kemewahan yang kamu kecapi sekarang adalah pengorbanan Nenek Moyang Kita yang sedia menerima KONTRAK SOSIAL...tapi dewasa ini ramai yang Kontrak dan banyak yang So..Sial...
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Friday, November 19, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO, Umum
Tuesday, 16 November 2010
Sunday, 14 November 2010
Chauvinis Cina kembali menuntut..Tak Hormat Perlembagaan Negara..
Perancangan dan usaha golongan minoriti Bukan Melayu terutama Chauvinis Cina tidak pernah serik ataupun muak dengan sifat mereka yang wajar dipertimbangkan sebagai ‘Tidak Berterima Kasih dan Taat Setia’. Walaupun telah dijelaskan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 61 21-23 Oktober lepas bahawa peruntukan tertentu yang melibatkan orang Melayu dan ugama Islam seperti Artikel 3, 149, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, namun ada yang masih lagi berdegil.
Perhimpunan Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Johor Bahru pada 6 Nov 2010 lalu telah meluluskan 36 usul berhubung politik, pendidikan, budaya, agama dan sosial. Kandungnnya sama dikatakan sama seperti tuntutan “Suqiu” 1999. Ianya dikatakan akan dkemukakan pada Kabinet tidak lama lagi.
Dalam kongress ekonomi Cina yang dianjurkan MCA baru baru ini, isu mengenai kuota Bumiputra dan peluang untuk kontrak dari Kerajaan secara terbuka sepenuhnya telah dibangkitkan. Tindakan tindakan kenyataan seperti ini yang mengundang reaksi orang Melayu, terutama mereka yang mendukung semangat nasionalism agar apa yang telah dicapai semasa negara ini ditubuhkan termasuk ‘Kontrak Sosial’ agar tidak dibangkit, jauh sekali dicabar.
Akibat desakan dan tuntutan masyarakat Bukan Melayu terutama minoriti dari etnik Cina yang makin sistematik, konsisten dan lantang, maka NGO Melayu seperti PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu mula ditubuhkan dan mendapat perhatian intensif.(Dari Blog Bigdog terima kasih by M69) Link blog ini untuk selanjutnya..
Chauvinis Cina kembali menuntut
Apa
"Hua Zong" atau Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Cina Malaysia merupakan sebuah NGO yang tegas memperjuangkan untung nasib pendidikan Cina di Malaysia. Presidennya ialah Tan Sri Pheng Yin Huah..
Kita sesama islam dan Melayu asyik sibuk dengan isu kafir mengkafir..orang lain terus maju dan menuntut kepelbagaian hak mereka dan menepikan hak kita sebagai melayu priBumi..sedarlah wahai anak bangsaKU.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Sunday, November 14, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Siapa yang Takut no 13..13..13
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sumber: Wikipedia
Dun Semarang: YB Zul, mengapa DAP dan gUAN eNg terlalu trauma dengan 13 Mei..
YB Zul Kulim : Jawapannya mudah. Kerana mereka tahu apa sebenarnya berlaku pada hari hitam 13 Mei itu. Mereka tidak mahu peristiwa itu didedahkan! Mereka tidak mahu pembunuhan dan pendarahan keatas bangsa Melayu hari itu diketahui umum! Kerana apa, kerana mereka tahu siapa dalang-dalang disebalik peristiwa itu! Mereka tahu siapa yang melakukan provokasi melampau terhadap orang Melayu pada masa itu! Mereka tidak mahu warna sebenar dan tembelang pekung dalang-dalang ini diketahui! Mereka tahu puak cauvinis celaka mana yang mendalangi peristiwa itu. Dan mereka tahu cauvinis-cauvinis celaka itu masih hidup, kini meneruskan perjuangan cauvinis, rasis dan pelampau mereka bertopengkan demokrasi dan hak asasi kemanusiaan!!
Dun semarang : Adakah orang Melayu seperti saya di akar Umbi ini tidak boleh bersuara..memperjuangkan Bangsa sendiri?
YB Zul Kulim :"Hari ini, dalam negara ini, seolah-olah umat Islam bangsa Melayu menjadi saperti warga kelas kedua., diketepikan. Hari ini seolah-olah satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu agama Islam, isu orang Melayu. Dah jadi satu dosa besar dalam negara ini. Sampai kata orang "Pak Jangoat pun sampai ketaq teloq hendak bercakap pasal Islam". Takut..
Dun Semarang : Adakah mereka takut dengan 13 Mei....
YB Zul Kulim : ,,,,,Tetapi bila kita bercakap tentang '13 Mei', 'mereka' akan mengamuk. "Sudah historical, lapuk, tak boleh cakap ini cerita, sudah lama!". Pasal apa mereka takut sangat? Pasal apa?
Dun semarang ; Terima Kasih YB.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Sunday, November 14, 2010
0
comments





























