Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday 31 July 2011

Program Mesra Rakyat DUNSEMARANG

Ayer Hitam 30 Julai – Usaha untuk memperkenalkan Terminal Bas Ayer Hitam kepada pengguna pengangkutan awam terus di adakan demi meningkatkan khidmat yang bermutu kepada rakyat. Atas iltizam tersebut Majlis Daerah Yong Peng yang di terajui oleh Yang DiPertua dan Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng menganjurkan “Program Mesra Rakyat Yang Dipertua dan Setiausaha” dengan mengadakan pengisian aktiviti yang mesra rakyat. Program di adakan di Terminal Bas Bandar Baru Ayer Hitam dan antara lain ialah di adakan pertandingan gubahaan, mewarna, gotong royong kebersihan, pertandingan karaoke suka-suka serta cabutan nombor bertuah. Apa yang lebih menarik lagi ialah terjalinnya kerja sama dengan FAMA di mana di adakan pesta makanan buah-buahan sebagai satu tarikan promosi memakan buah-buahan tempatan. Aturcara bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan orang makan di tawarkan menjamu selera buah-buahan tempatan secara percuma. Menurut En. Mohd Khir Johari Yang DiPertua MDYP sebagai berkata program ini sebagai satu usaha merapatkan rakyat dan kerajaan tempatan di samping menjalankan usaha terus menerus memperkenalkan Terminal Bas Bandar Baru Ayer Hitam. Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang, Haji Mohd Kamal Harun Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ong See Tian Timbalan Ketua Whip MDYP, Encik Lau Kim Huat Ketua Masyarakat Ketua Kg Baru Ayer Hitam, Ahli-Ahli MDYP, Ketua-Ketua masyarakat dan pemimpin setempat. Terminal bas Bandar Ayer Hitam menempatkan 17 unit tempat letak bas untuk 10 buah bas ekspress dan 7 buah bas transit, 10 lot kaunter tiket, 10 unit tempat letak teksi, sebuah surau, tandas dan ruang menunggu.Program Mesra Rakyat Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng Tambah Promosi Terminal Bas Ayer Hitam.YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN SEMARANG, ENCIK MOHD KHIR JUHARI YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH YONG PENG DAN TUAN HAJI ZAINI RAHMAN PEGAWAI FAMA BATU PAHAT SEDANG MEMPROMOSIKAAN BUAH-BUAHAN TEMPATA DI MAJLIS MESRA RAKYAT MYDP DI TERMINAL BAS BANDAR BARU AYER HITAM.
PEMENANG PERTANDINGAN GUBAHAN SEDANG MEMERIMA HADIAH DARI YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN SEMARANG.
Sumber Berita dan Foto Saudara S/U UBAH Halid Saat.

0 comments: