Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 16 July 2011

HARI SIHAT CERGAS TAMAN WAJA PARIT RAJA Bersama PUTER UMNO Ayer Hiitam.


16 julai parit raja – pelbagai aktiviti yang menyeronokkan mewarnai sambutan hari sihat cergas yang dianjurkan khusus Biro Hal Ehwal Wanita Persatuan Penduduk Taman Waja Parit Raja. Dengan penglibatan penduduk pelbagai peringkat, sambutan tersebut mampu memupuk semangat kejiranan yang kukuh dan mantap demi menjana semangat Satu Malaysia di kawasan taman-taman perumahan. Aktiviti yang sangat ceria antara lain ialah Senam Robik Seni 1 Malaysia, pertandingan futsal bintang kecil, pertandingan mewarna, motivasi sehat cergas, pertandingan tiup belon dan cabutan nombor bertuah.
Siapa Bertuah..CABUT Laaa

Mewarna..Ibu turut memberi galakan..Tahniah!
Program ini juga melibatkan taman-taman perumahan sekitar di taja bersama oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam. Menurut Pn Nuriyati Ithnin Ketua Puteri Bhg Ayer Htam, pihak bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana badan di taman perumahan sekiranya berminat menganjuran program sedemikian rupa bagi tujuan merapatkan persaudaraan dan memenuhi konsep kejiranan. Bagi Pn Syahidatul Akma yang bertindank sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita Taman Waja berpendapat bahawa program seperti in sangat penting kerana ia boleh menjana mental yang sihat dan mampu mengujudkan suasana sejahtera di kalangan masyarakat.
Senam Robik

Turut hadir dan mengambil penyertaan dalam program ini ialah Puan Sarimah Abdullah mewakili Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Abdull Halid Saat Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam serta aktivis masyarakat dari Taman Intan, Taman Parit Raja, Taman Kelisa dan Taman Mekar Fasa 2 Ayer Hitam.

Bintang Cilik FUTSAL Taman Waja.
Para Peserta Hari Sihat..PEWAJA
Tahniah dan syabas atas program yang telah berjalan lancar, semuga aktiviti ini akan menjadi penggerak asas untuk Persatuan dari Taman persekitaran agar masyarakat
Pt Raja di DunSemarang bertambah "RUKUN" dan "GUYUP".
(Sumber berita S/U Ubah Halid Saat) By Ajey/Mas/Pat Choy Taman Intan.

0 comments: