Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 20 March 2010

Sekitar Ziarah Kasih Kawasan Seri Bandan bersama DSBJ

Kg Haji Talib – Rombongan Ziarah Kasih sekali lagi menjelajah kawasan Parlimen Ayer Hitam bagi sesi suku tahun pertama 2010. Kali ini rombonan tersebut menjelajah ke kawasan Seri Bandan. Pada hari Jumaat 19 Mac 2010 YB Datuk Samsolbari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam / ADUN Kawasan Semarang turun padang menziarahi warga emas yang telah banyak berjasa kepada kemajuan kampong, masyarakat, agama dan negara. Antara yang beliau ziarahi ialah Tuan Haji Mashuri bin Haji Abd Fatah berumur 80 tahun yang juga bekas guru mengaji beliau semasa kecil dahulu. Turut diawati ialah adik Farah yang meraih pencapaian 11A dalam peperiksaan SPM tahun 2009. Adik Farah ialah anak seorang pesara tentera dan bersekolah di SMK Datuk Menteri Ayer Hitam adalah pelajar cemerlang SPM di sekolah tersebut. Dengan pencapaian 11A termasuk subjek tasaur Islam beliau dijangka mejanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang perubatan.(Oleh sub_hakid)

0 comments: