"Semua tentang keistimewaan kaum Melayu mereka bangkitkan dan sekarang semua tentang agama Islam sebagai agama rasmi kita pun mereka bangkitkan mereka ini sudah bermain api dari itu bersatu dan bertindak dengan sebijak mungkin wahai Melayu Islam" M69
DAULAT TUAN KU
DYMM Baginda Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
Kepada mereka yang benci Melayu dan UMNO
UMNO
UMNO perlu kembali ke sekolah..sekolah Politik supaya api nyalaan terus membara...
"KEKUATAN,KEKAYAAN SERTA KEBIJAKSANAAN TIDAK BERMAKNA TANPA KESATUAN.... Kesatuan yang paling teguh terbentuk apabila dalam keadaan sama - sama susah; seperti besi yang paling kuat disatukan oleh api yang paling panas...."DSBJ 31.12.2009
"tiada yg kecil dalam perjuangan, yg besar wujud krn sokongan yang kecil...manakala yg besar menyumbang kepada kesejahteraan yg kecil.. " DSBJ 3.01.2010
"SEMAKIN PENDEK UMUR UMNO...SEMANGKIN PANJANG LAH SANGSARANYA ORANG MELAYU"
DSBJ 11.07.2010
1 Malaysia.
Jangan LUPA..Melayu dihina.
Aku ingin bertanya? Setakat ini adakah anak Melayu mengeluarkan KLIP Video menghina Orang Cina Aatau India..kalau ada pasti sudah huru hara satu Tanah Melayu. Tetapi kalau kita yang dihina tak ada satu pun bangsa di Malaysia ini bangun membantu..malahan kita di SURUH memaafkanya dan LUPAkan..kasihan anak-anak Ku.
Persidangan ADUN JOHOR 2009. DUN Semarang, Siri 02
Sri Gading dan KeTuanan Melayu
Benar...Mereka membenci KITA?
Betul sedemikian......ByM69
YB. DATUK SAMSOL BARI BIN JAMALI. KMN . PIS . DMSM. ADUN SEMARANG
"..Teruskan..kejutkan yg lena,..ingatkan yg lupa.. pimpin la yg sesat.. KEMBALIKAN YG HAK!
Datuk SamsolBari Jamali
Att
Terima Kasih Kepada YB. DATUK SAMSOL BARI BIN JAMALI. KMN . PIS . DMSM. ADUN SEMARANG yang telah memberi keizinan untuk menerbitkan Blog ini dan memberi sokongan yang padu. e-mail - samsolbari@yahoo.com
Pengumuman
Kepada yang berminat untuk membina Blog untuk cawangan anda dan Link kepada Blog utama, kami sedia membantu. Hubungi kami 000000000.
Mahkamah putuskan majalah Katolik Herald boleh guna perkataan ‘Allah’ KUALA LUMPUR- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini. Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan "Allah". Dalam keputusannya, Hakim Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan itu.-Sumber Bernama
***************
Aku seorang MUSLIM dengan rasa kecewa dan amat marah, tidak rela nama ALLAH diguna pakai untuk orang lain, meneliti nama yang memutuskan sahaja kita sudah tahu, mungkin adanya unsur RACIST dan kebencian pada umat Islam dan Melayu. Tetapi adakah kita sedar akan hal tersebut. Kalau perlembagaan..mengapa Ketuanan Melayu di ungkit...mana pergi KONTRAK SOSIAL dan yang tinggal hanya KONTRAK so SIAL sahaja.Namun sebagai umat Islam yang mana bangsa Melayu juga berhak menyuarakan pendapat dalam hal sebegini. Isu penggunaan nama Allah oleh Akhbar milik Gereja Kristian ini pada kiraan KITA SEMUA adalah satu bentuk DAKWAH oleh pihak gereja kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu.
Apakah?..kata mereka jika Kalimah ALLAH diserapkan namaNya dan mesti d gunakan kepada Tuhan Hindu, Buddha dan lainnya dan dicadangkan oleh orang MELAYU, UMNO. atau lainnya. Anda boleh fikir dengan waras..sudahg pasti kita semua akan di heret ke Mahkamah dan mendapat tentangan yang hebat, tetapi apabila Nama ALLAH ini di utarakan oleh orang lain bukan kelompok MElayu UMNO...???????????....
Apa kata kalau RUKUN NEGARA di ubah, saya ingin juga lihat apakah respon mereka.
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
ByM69
DIAM BUKAN TAKUT?
Lihat!..Wahai anak BangsaKu..
Lihat..lah wahai anak Bangsa Ku..betapa hinanya kita PribumiNusantara pada mata mereka yang BUTA Sejarah dan rendah maruah. Oleh itu ingat lah..kalau leka mereka akan terus memijak Kita, Raja Kita, Negara Kita dan memuja Raja Kolonial. Ingatlah betapa seronoknya negara kita kalau itu semua tidak ada. Oleh itu bersatulah padah wadah pembela bangsa dan agama. HIDUP UMNO. HIDUP MELAYU ByM69
Jadikan PEDOMAN dan INGATAN wahai anak BangsaKU ByM
Melayu dikhianati? Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua. ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''. Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.'' Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain? -Arkib 310509 Awang Selamat Utusan Melayu By M
Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.
MARI SYAHADAH
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka.
MARI MENGUCAP. ByM69
Kasihan...Kasihan..Kasihan..Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau Cikgu Rahim, Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu. Belum ada dalam sejarah sorang MUSLIM berkata demikian untuk seorang rakannya yang KAFFIR..Dan Belum ada juga soerang KAF FIR yang sanggup membela rakannya MUSLIM sebaik itu. Tahniah..bahwa sesungguhnya ISLAM itu INDAH...cuma yang jadi PEMUSNAH adalah orang yang Nama sahaja ISLAM, tetapi perangai bagai TALAM....Dulang..Nyiru...Kaudu..Menunggu Imam tak sampai-sampai....sapa agaknya IMAMnya...foto. trechan.blog Semuga nanti kalau MU meninggal agar Karpal Sink akan memgangkat, mengusung MAYATmu ke kubur menggunakan kerusi rodanya, serta mengIMAMkan mayat mu..Foto. fairytale-crgo.blogspot
foto. manlukeman.wprdpress Wahai anak BangsaKu..lihatlah..fikirlah..Insaflah..sementara Nyawa masih di badan. Bersatulah kita demi AGAMA BANGSA dan TANAH MELAYU ini. Dewasa ini bertambah ramai..ramai Si Kitol..dan Rajamundalliar. Andainya kamu berjaya, jangan lupa anak BangsaMU...jangan di gigit mereka..Apakah Cik Gu itu benar, sebenarnya ianya MEMALUKAN MERTABAT PERGURUAN, USTAZ dan ISLAM. Jangan lah KETERLALUAN..Kalau "Langkah Mayatku kalau ada yang Usik ISLAM" "Langkah MayatKu kalau ada yang hina IBUku" alangkah baiknya kalau ungkapan umpama itu di utarakan..DAYUS KAMU Cikgu rAHIM. ByM69.
Kami Warga UMNO DunSemarang, mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas kejayaan Skuad Harimau Malaya yang menjadi juara. Tahniah..sekali lagi kerana Pasukan kita di hormati sebegitu rupa..hingaa boleh di hantar dan di iringi dengan kereta Perisai..Syabas. Kami mencadangkan agar peristiwa ini di masukkan ke dalam senarai "BUKU REKOD Malaysia". Satu peristiwa yang membanggakan. Belum terjumpa di mana-mana tempat seperti ini..TAHNIAH..TAHNIAH..
Kami ingin memberi seterus penghargaan agar pihak Kerajaan, menyenaraikan peristiwa ini ke "Malaysian Book of Records", agar menjadi iktibar. teladan dan semangat 1 MALAYSIA.(Foto ihsan dari www.gempak.org) bym69.
Foto sebagai hiasan sahaja ihsan dari khairoadi.blogspot. com
(Merujuk Utusan 30.12.2010) KATANYA.. semasa tiba di R&R terbabit, dia memberhentikan keretanya di belakang kereta kedua-dua lelaki itu kerana tiada tempat letak kenderaan yang kosong. ****(Kenapa tiada otak ker..parking kat belakang kenderaan orang lain..tiada fikiran ke bagaimana orang tersebut akan keluar parking..ini bukan zaman BATU. Fikirlah kalau diri sendiri yang kena, saya pasti lagi HEBAT provokasinya..saya bukan hendak membela POLIS atau Orang Berkenaan..tapi fikirlah kalau diri kita yang kena..Polis atau siapa pun orang biasa punyai perasaan ..macam orang hutan pulak, saya sendiri pernah mengalaminya, bila saya tegur dan minta undurkan kereta, malah saya yang di CIBAIKAN..apa jenis orang macam ini..saya memang tak mahu gaduh..kalau gaduh biarlah macam 13 Mei sahaja..punah segalanya..lagipun kita Melayu ini bukan banyak harta..bukan ada kebun luas. bukan ada kereta mewah..bukan ada rumah besar..tak rugi pap pun..
itu dia yang salah , saya kena CIBAIKAN..bagaimana kalau saya yang salah..mungkin PENUMBUK juga sampai kat saya, tapi dendam saya satu keluarga terus bernyala hingga kini)
KATANYA LAGI..."Namun semasa hendak ke kereta semula, saya lihat mereka menghampiri isteri saya, Lim Chung Keok, 34, dalam keadaan marah-marah.
Sambung KATANYA LAGI.."Saya enggan bergaduh lalu "menolak lelaki itu perlahan "tetapi tiba-tiba mereka menumbuk di muka saya sehingga berdarah dan patah dua batang gigi," katanya ketika ditemui di sini hari ini. ( Pergh..MENOLAK PERLAHAN..boleh caya ker...kalau setakat perlahan..saya rasa tidak akan terjadi perkara seumpama itu lahhh. Tengok gaya dan perwatakan kita tahu,
Apa salahnya..MINTA MAAF..habis cerita..ini mungkin terlalu EGO..minta maaf pun tak mahu..kalau rasa salah ,minta maaf dan jangan tolak orang yang sedang marah..ingat ....TUAN.. ker Di Tanah Melayu ini..sedarlah sikit kami beri laluan tinggal kat sini..)
KATAKU LAGI..Wahai anak BangsaKu, ingatlah rukun Negara dan amalkan,Kesopanan dan Kesusilaan, bukan setakat mengaku Warganegara Malaysia namun..perangai macam zaman Batu. Kurang Ajar..Inilah suku sakat Namawee yang mempersendakan Lagu Negaraku dan Melayu...saya haraf pemberita mengambil berita dari ke dua belah pihak..bukan setakat gigi patah ..mesti ada cerita disebalik itu...
Ingatlah..di jalan raya dan di mana sahaja siapa yang sering membuat PROVOKASI dan publisiti murahan..kita tahu dan fikirlah sendiri..Ini belum lagi kalau LGE atau LKS menjadi TPM..lagi huru hara di buatnya.. Oleh itu ANAK-ANAK KU..kekal lah bersama UMNO ISLAM Dan MELAYU serta RUMPUN MELAYUNYA. Walaupun UMNO itu tidak Lengkap sepenuhnya..namun itulah wadah untuk kita bernaung..kita mesti terima dan AKUINYA. yang lain PASTI TIDAK.
Ayer Hitam 28 Disember 2010 – Seramai 144 orang pelajar cemerlang dari 24 sekolah rendah dalam Parlimen Ayer Hitam diraikan dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna di Dewan Umno Bahagian Ayer Hitam. Mereka di raikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong ( Ahli Parlimen Ayer Hitam merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam ) YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali ( ADUN Semarang merangkap Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam ) dan YB Lim Kee Moi ADUN Kawasan Yong Peng. Turut hadir di majlis tersebut ialah pemimpin masyarakat, guru-guru besar dan ibu bapa pelajar tersebut. Kesemua pelajar tersebut mendapat hadiah berupa wang tunai, sijil penghargaan dan buku kerja sebagai menghargai pencapaian cemerlangan mereka dalam bidang akedamik. YB Ir. Dr Wee Ka Siong yang juga merupakakan Timbalan Menteri Pelajaran menegaskan kementeriannya akan memperkenalkan konsep bai’ah / ganjaran kepada warga kerja pelajaran supaya satu pengiktirafan dan mengujudkan daya saing yang sehat bagi meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang tinggi. Katanya lagi, agenda memperkasa sekolah teknik dan vokesyenal akan ditingkatkan supaya mutu kemahiran rakyat Malaysia berada ditahap yang tinggi setaraf dengan negara maju. Sementara itu YB Datuk Haji Samsol Bari Jamali dalam ucapannya mahukan kerajaan membina sebuah sekolah menengah berasrama di kawasan Ayer Hitam bagi menampung kemasukan pelajar luar Bandar yang makin bertambah serta memenuhi keperluan semasa masyarakat luar Bandar. Beliau menyeru Biro Pelajaran UMNO Bahagian supaya jangan tertumpu kepada aktiviti majlis anugerah semata-mata tetapi selepas ini hendaklah memberi tumpuan kepada usaha pencapaian pelajar seperti kursus dan kem motivasi serta latihan menjawab soalan.YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali bersama pelajar kembar 5A. 1. Nurul Atiqah bt Mohd Borham 2. Nurul Atifah bt. Mohd Borham Mereka berdua pelajar dari sekolah kebangsaan Seri Bulan, Kg Hj Ghaffar Mk 7 Batu pahat.(Sumber berita dan foto dari UMNO Ayer Hitam. Edit By M69)
"Mejelang pertandingan final piala AFF antara Timnas Indonesia melawan Malaysia di stadion Bukit Jalil, Malaysia, pelatih Malaysia, “Raja Gombal” (namanya saya pelesetin untuk membalas ejekannya terhadap Timnas kita) mengatakan bahwa Timnas Indonesia sebagai jago kandang, karena kemenangan yang diperolehnya selama ini di dapat di negeri sendiri".
29.12.2010 maka berlakulah perlawanan antara dua pasukan yang hebat-hebat belaka antara "Raja Gombal" melawan "Jago Kandang". Mari Kita perhatikan...kalau kita mengata orang..maka orang juga menggelar kita. Tapi gelaran kita lebih unik dan di ucapkan Terima Kasih kepada para peminat INDON.Jebeng..kerna Kita sebagai RAJA..ya Raja Gombal. Kalau tak kerana Raja Gombal atau Raja Kain udah pasti kamu semua akan hadir ke stadion tanpa CELANA dan Baju..waaaaa waaaaa..persis yang macam-macam..dalam KANDANG gitu. Eh! Macem-macem. Justru itu perang psikologi ini memang sesuai untuk dalam Kandang..hi hi hi. Marilah kita doakan semuga SKUAD BOLA kita berjaya membawa pulang kejuaraan. Semuga mereka tabah dan selamat...Embah Dukun kat Indon pun nampaknya lebih gentar dengan Embok Dukun Malaysia.
Rencang-rencang se than ten, teng Jawi, kulo nedi ngapunten mawon enggeh. Mugi onten wi raus kulo sekalimah seng bonten saie. Mugi mugi tiang teng Malaysia meriki waras lan saie. Kesuwun kang Mas. By M69.
Horeyyyy..sorakan 1Malaysia. Sorotan gol yang menawan hati rakyat Malaysia dan mengecewakan dengan alasan sorotan Laser maka mereka tersungkur...yang penting kita rakyat Malaysia terus bersyukur dengan LOGO 1Malaysia. Ada yang takut dengan sorotan laser, ada yang takut dengan Logo 1Malaysia dan yang pasti ramai yang MULUT LASER.
KATANYA..Siapa yang mempunyai angkara penggunaan LASER terlebih dahulu....yang pasti Laser yang mereka gunakan bermutu tinggi jugak...kalau setakat POINTER sahaja jarak tidak terlalu jauh dan saiznya adalah kecil..cuba perhatikan Warna dan saiz Laser yang berlegar-legar di muka penjaga gol KITA.
Lihat kesan laser...
Ya..mnemang benar, bila Penjaga Gol Malaysia terkena pancaran Laser, beliu tidak ambil peduli dan tiada protes, MUNGKIN kita kurang arif tentang itu semua..ambil ringan dan mudah(atau pun mememang kita, termasuk penjaga gol malaysia memang tidak tahu), tetapi pabila mereka yang terkena..wah! mereka tunjuk bijak..tentang bahaya laser dan protes dan ugut untuk memberhentikan perlawanan. Dari satu sudut memang mereka bijak dan peka sementara kita pula leka dan mereka mengambil kesempatan.
Wahai anak BangsaKu inilah contoh Teladan laser yang sedang di gunakan oleh pihak pembangkang Di Tanah Melayu ini untuk melemahkan kita yang bernama Melayu dan islam. Justru.. dalam permainan bola ini ada iktibar yang lebih jelas, bila orang sorot wajah kita, kita jangan diam sahaja..sebenarnya sorotan itu amat membahayakan..protes lah sebagaimana pemain GARUDA lakukan..ambilah iktibar wahai anak BangsaKu..Bangkitlah dari sinaran laser ini. ByM69
Ayer Hitam Dun Semarang 25 Dis 2010. Seramai 81 orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bertandang ke DUN Semarang selama 3 hari membawa misi dengan tema "Membina Tautan Menjalin Ukhwah". Lokasi yang di pilih ialah kampung Parit Surau Darat Mukim 8 Ayer Hitam, Johor, dengan menempatkan pelajar di rumah keluarga-keluarga angkat. Terdiri dari 43 pelajar perempuan dan 38 pelajar lelaki perbagai pengisian aktiviti telah di atur oleh kepimpinan pelajar bersama JKKK dan Umno Cawangan di Kampung tersebut.
Menurut pelajar Cik Shuhada Aqilah Aulia bt Abd Jalil ( Timbalan Pengarah Projek ), antara lain akitiviti wajib pelajar ialah menyuburkan kembali semangat kerjasama, silaturrahim dan permuafakatan dengan projek gotong royong dan budaya hormat menghormati.Majlis persamian program ini di adakan pada 25hb Disember 2010 jam 10.00 pagi di balaibelia Parit Surau Darat dan disempurnakan bersama oleh YB Datuk Haji Samsol Bari Jamali ADUN Semarang dan Pegawai Daerah Batu Pahat. Turut hadir di majlis tersebut ialah Encik Salleh Pandak Penghulu Mukim Seri Gading dan pemimpin masyarakat di DUN Semarang. Sempena dengan majlis perasmian tersebut di adakan juga perjumpaan pemimpin masjid dan surau di seluruh DUN Semarang untuk sama-sama meraikan pelajar / anak-anak angkat tersebut. (Sumber S/U Ayer Hitam Saudara Halid Saat) Edit by M69.
KEPALA BATAS 19 DIS : Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam. Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.
Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.
“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.
Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.(Sumber Tranungkite online)
.
Apa yang di ungkap Oleh Kapal Sink itu benar, Apa yang di Kata itu benar, Apa yang tertulis dalam Perlembagaan itu benar..Islam adalah Agama Rasmi. Namun yang benar ialah..adakah Kapal Sink ada menyatakan akan menerima Negara Islam..cuma sekadar batuk di ESKALATOR sambil duduk di kerusi roda.Apa yang tersirat dalam ayat ini "saya yakin kita boleh mencapai konsensus". Wahai Melayu Islam..kita kena lah berwaspada dengan kata seperti ini, jangan taksub dan terlalu gembira..menang sorak..Agama tergadai..nanti jalan ke Neraka berangkai-rangkai.
Rujuk kata-kata berikut"Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.
Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.
"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.
Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.
Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.
Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita." foto dari http://4.bp.blogspot.com/ ***Kita sebagai rakyat Melayu UMNO Islam, boleh berfikiran lebih matang dari Tuan Ibrahim Tuan Man. Adakah mereka tidak fikir apa yang di tulis dalam Perlembagaan..adalah jelas Islam agama rasmi dan Kapal Sink berhujah dalam landasan undang-undang jangan sampai terpintal lidah dan terbelit akidah dan badan dengan hujahnya..Siapa mengkelirukan siapa...berHubaya-Hubaya lah wahai Tuan...yang bukan Tuan di Tanah Melayu ini. ByM69
21.12.2010.Selasa. Ayer Hitam, Dun Semarang. IKS (industri Kecil Sederhana) kawasan Dun Semarang telah terkenal dengan kepelbagaian pengeluarannya. Dari Pengeluar Makanan Ringan hingga Pengeluar kenderaan Mini pengangkut hasil pertanian Desa. Kerajaan Negeri Johor DT, telah memyumbang dan memberi bantuan IKS melalui Pejabat Pertanian Ayer Hitam. Dua orang pengusaha IKS DunSemarang telah menerima bantuan. Norhayati binti Kassim dari Kg pt Nipah, merupakan seorang Pengusaha kuih-muih dan kek. Beliau menerima bantuan peralatan oven dan mesin penguli tepung bernilan RM3990
Ramil bin Samingan Pt Hj Ali Tengah, pengusaha ukiran dan kraftangan menerima sumbangan mesin ukir moden bernilai RM 5000.00
Semasa majlis tersebut YB Datuk Samsolbari menyatakan, "Hanya kerajaan BN bersama UMNO Johor yang mengadakan program bantuan IKS seperti ini. kerajaan Negeri Johor memperuntukan RM 1.5 juta setahun dan program ini telah dilaksanakan selama 10 tahun".Beliau turut menyampaikan Sijil Kelulusan dari Pejabat Pertanian Johor kepada kedua-dua pengusaha IKS tersebut..
Sejajar dengan majlis tersebut,YB Datuk Samsolbari selaku Adun Dun Semarang meluangkan masa melawat mangsa kebakaran Kg Pt Haji Ali, yang berlaku semasa beliau masih di Tanah Suci. Beliau menyampaikan sumbangan derma orang ramai bagi meringankan beban mangsa. (Terima kasih, Sumber berita dan foto oleh Pejabat UMNO AH, Edit by Ajey M69)
IPOH 20 Dis.Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan 48. Bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah Walau apa pun punca kejadian, kami warga UMNO Dun Semarang ingin mengucapkan "Salam Takziah" kepada keluarga Omar Shahidan. Semuga keluarganya tabah dalam menghadapi dugaan di akhir tahun 2010. Kami di sini sedang menanti sebarang berita "ADAKAH" lawatan susulan dari mana-mama pihak terhadap beliau seperti lain lain pemandu yang lain.... Maklumlah pemandu ini adalah rakyat tempatan berketurunan Melayu..mungkin hanya rakyat kelas DUA di bumi sendiri...Bukan Tuan...dan tidak Berdaulat. Yang PASti tUAN nya ialah..Sor Eng Hock. ByM69.
Adakah kerana JOM ianya jadi "Jelajah One Malaysia', mengapa? "Satu" dalam Bahasa Malaysia/Melayu hendak di pinggirkan.Malukah atau tiada nilai komersial menggunakan "Jelajah Satu Malaysia". Elok bunyinya "JOM Jelajah Satu Malaysia". Kalau susah sangat tulislah no 1. Mengapa harus ada Bahasa yang macam Bubur Cha Cha. Adakah ianya ingin menghormati komponen BN maka harus menggunakan "ONE". DSN sering menyebut Satu Malaysia dalam urutan dan situasi berbicara, tetapi ini agak bertentangan...adakah ini hanya sekadar GIMIK, atau telah dirancang sejak awal. Walaupun makna dan tujuan nya sama, jangan orang diluar sana senyum sinis. Mungkin ada yang tersirat antara "Satu Malaysia" DSN dan "Jelajah ONE Malaysia" Saudara KJ. jika Aktiviti Anjuran TV3 "Sure Heboh" boleh dengan rasa ikhlas dan kebertanggungjawab di tukar kepada "Jom Heboh" oleh pihak pengurusan..bagaimana aktiviti seGAH ini boleh menular seJauh Negeri Johor, cadangan saya kalau sudi tukarlah ke Bahasa Kebangsaan..kalau tidak kita siapa lagi...kalau tidak UMNO siapa lagi..jangan tunggu PAS dan PKR menambahkan kebejatan.. HUBAYA-HUBAYA LAH...ByM69
Trikh :12 disember 2010 (Aad) Lkasi : Pdang Futsal Seri Kota. Ativiti : sukan rakyat, karaoke. Hari keluarga UMNO Caw Seri Kota, Yong Peng bersama Ketua Pemuda Johor. Saudara Fadil Bin Maskon. Mendapat sambutan yang meriah dan segala aktiviti berjalan lancar. Hari kelurga ini sebagai satu aktiviti riadah antara Ahli akar umbi UMNO, bersama AJK dan Pemimpin UMNO. Dalam ucapanya Saudara Fadil Maskon menyeru agar kita semua sebagai ahli UMNO dan Melayu dari beberapa peringkat usia terus mengeratkan silaturahim, bersatu demi menjamin kelangsungan UMNO dan anak-anak dimasa hadapan. Inilah adalah peluang antara kita dapat bersua muka, bertukar pendapat sambil beriadah. (Sumber Berita dan Foto dari Pejabat UMNO Ayer Hitam. Terima kasih) By M69.
Wahai anak bangsaKu..ambilah iktibar..hari ini dia kata UMNO Melayu bodoh..esok ia akan merebak Islam Melayu Bodoh..esok ia akan merebak..Pas Melayu Bodoh..esok ia akan merabak..Melayu semua Bodoh...ingatlah jika kita terus bertelagah..masanya akan sampai...Mulut Manis Hati KAUDU..adakah Cina Dap memang macam itu..bagaimana MCA..GERAKAN..PPP.MIC..Cina PKR..
PULAU PINANG, 17 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus mengamalkan sikap pembohong dan putar belitnya.
Setelah diasak hampir sebulan meminta Guan Eng mendedahkan nilai kontrak sebenar yang diperolehi kontraktor bumiputera, beliau sekali lagi cuba menipu rakyat dengan mendedahkan nilai projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Laman web pisau.net yang sebelum ini mendedahkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberikan wang hasil judi kepada warga emas di negeri itu sekali lagi mendedahkan permainan politik putar belit Guan Eng.
Laman ini mendedahkan betapa Guan Eng cuba menyembunyikan fakta, beliau hanya mendedahkan projek projek dari JKR dan JPS.
Menurut laman ini jika dilihat sejumlah 18 tender di JPS bernilai 40.9 juta manakala 16 tender JKR bernilai 20.4juta jika dicampurkan jumlah tender hanya bernilai 61.3 juta yang merangkumi 34 tender.
Persoalannya kenapa Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan angka tersebut.
Hakikatnya sejumlah 34 tender yang diberikan dengan nilai 61.3 juta adalah jauh berbeza dengan satu tender secara runding terus yang bernilai 74 juta yang diberikan kepada satu kontraktor Cina, Khor Ing Choon dari ECK Sdn Bhd untuk projek menambun tanah di Batu Kawan.
Ini hanya satu syarikat yang menerima runding terus dari Guan Eng yang didedahkan, belum lagi kontrak kontrak bernilai puluhan juta yang lain.
Kontraktor dari ECK Sdn Bhd memperolehi kontrak tambun tanah di Batu Kawan secara runding terus melalui Lim Guan Eng yang mempengerusikan tender board PDC.
Kenapa Guan Eng tidak mendedahkan perkara itu? Inilah politik putar belit kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng.
Mengulas perkara yang sama Pengerusi Pemuda BN Pulau Pinang, Norman Zahlan turut mengakui betapa kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya tidak telus dan sentiasa membuat kenyataan putar belit.
Tegasnya laungan kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang adil, telus dan bersih hanyalah pembohongan semata-mata.
“Mana ada ketelusan kononnya tender terbuka. Kalau ada tender terbuka pun ia hanyalah projek kecil sehingga yang bernilai RM2000 pun ada cabutan undi. Tetapi projek-projek besar semuanya dibuat atas dasar rundingan terus.
“Apa yang didedahkan hanya putar belit bukan tender secara keseluruhannya terutama yang bernilai jutaan ringgit. Cukup-cukuplah menipu rakyat”, katanya.
Justeru beliau percaya rakyat di negeri ini yang sudah pun muak dengan gaya tipu muslihat Guan Eng dan kuncu-kuncunya dan mereka tidak akan membiarkan diri mereka diperbodohkan. -(Berita dari MediaUMNO on-line)ByM69
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, kira-kira jam 1 pagi tadi.Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 25 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil. Isteri Sulaiman, Datin Noraini Yaakop berkata, suaminya dimasukkan ke Hospital Segamat pada 23 November lalu kerana demam dan tidak sedap badan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri(Sumber Berita Harian).
Kami warga UMNO Bhg Ayer Hitam dan Dun Semarang, mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha. Semuga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Untuk rujukan DUN Tenang klik (http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&pg=johor.htm) Klik (http://adun.johordt.gov.my/index.php/tenang/2009/06/22/profail-adun-2) By M69
Aku bukanlah penulis yang baik. Segala kesalahan ejaan dan bahasa haraplah dimaafkan
Semua HAK CIPTA HANYA MILIK ALLAH SWT.
PENAFIAN: Ajey Suggeh Group tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Terima kasih.
"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)
"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)
Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea - negeri orang Korea, negeri China - negeri orang Cina, negeri India - negeri orang India. Tetapi negeri Melayu - bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu.Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman. Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu.Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu? Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka? Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Cuba lihat senario ini. By M69
ISLAM AgamaKu.....MELAYU BangsaKU
Tidak membantah
kenyataan menghina Islam oleh segelintir pemimpin DAP kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam, hanyalah semata-mata untuk menjaga hubungan, hati dan perasaan antara kedua-dua parti pembangkang yang berkaitan demi kerberuntungan duniawi semata-mata.
Ajaran Islam tidak sekalipun membenarkan agama dan Rasulnya dihina dan dicaci melainkan akan segera dijawab dan ditangkis oleh Allah melalui firman-Nya dalam al-Quran. Malah kepercayaan bangsa yang bertamadun tidak mengizinkan orang lain memperkotak-katikkan ajaran dan amalan bangsa lain.
Begitu juga anak yang bermaruah tidak sekali-kali membiarkan tohmahan dan kata nista kepada ibu bapanya. Oleh itu bangsa yang bermaruah tidak sekali-kali membiarkan tohmahan dan kata nista kepada Bangsa dan agama ibu bapanya.
Namun, demi menjamin kestabilan dan keselamatan negara, setiap warga negara perlu akur kepada konsep 'ketuanan Melayu'. Hal ini bermakna kaum peribumi khususnya orang Melayu mendapat beberapa hak istimewa yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara 160 ceraian 2 mentakrifkan Melayu itu seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu.
Dalam hal ini pemerintahan atas nama bangsa Melayu tidak sekali-kali memperalatkan agama untuk mencapai cita-cita politik. Sekali gus, pengasingan agenda politik dan eksploitasi hukum hakam agama dengan ajaran sebenar agama daripada aspek ibadat, syariat dan akidah umat Islam.
Adaptasi By M
Scan ...Mei 13/Telu Last Mei
Kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu
Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.(Sumber ordemelayubaru.blogspot).
Jadikan pedoman wahai anak-anak muda,
jangan mencerca Bangsa sendiri,
jangan mencerca Kumpulan Sendiri,
Jangan mencerca orang Tua hari ini
Budi dan jasanya tiada galang ganti,
Bila PENYAPU menaiki lori,
Menyesal tidak berguna lagi.
By M.
Wasiat Untuk Rakyat Tanah Melayu?
TUJUH PERKARA ITU ADALAH:
Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN.
*****INILAH TANAH MELAYU
Ganti sahaja Malaysia kepada Negara Tanah Melayu...setuju, selama ini kita diam sahaja, mangkin melampau pulak dia orang.(By Ga Plex /M)
Kaki Dalam Kasut
Klik photo
Siapa Melayu
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November
1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang
(benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.
Tapi saya masih ingat..semasa saya menuntut di Penang Tahun 80an, bila seorang pensyarah mengatakan islam bukan agama rasmi..saya cuba bangun menjelaskan..namun secara sepontan rakan sekuliah dari kaum lain berpadu tenaga membela pensyarah tersebut sebab dari kaum yang sama..dan pensyarah tersebut hanya tersenyum sinis..hingga hari ini masih terasa sakitnya dalam hati ini...banyak iktibar saya dapati dari peristiwa tersebut. Itu hanya segelintir peristiwa..By Ga Plexs/M