Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday, 18 September 2010

Fikirlah...Renunglah nasib anak Bangsa...akan datang...

Sebuah lagi nukilan hati daripada rakan ku.....
Mungkin orang Melayu tidak sedar bahawa kedudukannya terhakis di bumi Malaysia ini setiap saat dan setiap waktu.
Ini mungkin kerana terpengaruh dengan politik kepartian dan percaya parti politik yang mereka dokong akan menjamin masa depan mereka.
Ramai orang Melayu hari ini percaya bahawa DAP tidak akan meminggirkan mereka. Mungkin mereka lupa bahawa peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 berlaku kerana angkara DAP yang menhina dan mengherdik orang Melayu di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.
DAP serta anasir-anasir anti-Melayu telah berjaya menukar sejarah dengan mengatakan bahawa konflik yang berlaku ditimbulkan oleh Umno yang takut kehilangan kuasa.
Maka orang Melayu yang menyokong PKR dan PAS yang benci dengan Umno telah dengan mudah menerima dakyah DAP.
Dengan itu terlupalah orang Melayu mengenai DAP dengan penyapu gergasi yang di bawa sekeliling bandar Kuala Lumpur untuk menyapu orang Melayu keluar dari bandaraya itu.
Dengan itu, lupa jugalah orang Melayu dengan jeritan-jeritan kasar dan lucah oleh penyokong DAP yang memaki hamun orang Melayu.
Di dalam kealpaan orang Melayu, DAP telah terus menjalankan muslihatnya, mendaftarkan seberapa ramai pengundi Cina dan dipindahkan ke kawasan-kawasan yang Melayu cuma majoritinya tipis.
Jika DAP itu ikhlas, udah pasti ia tidak melakukan ini semua kerana ini akan melemahkan kedudukan PAs dan PKR. Tetap itulah DAP, jarinya lurus, kelingkingnya berkait. Baca seterusnya disini: http://kickdefella.wordpress.com/2010/09/06/aidl-fitri-terakhir/
Yang menyampaikan dengan ikhlas,
(Ihsan dan terima kasih kepada Insan Melayu/i.muslim) by M69

0 comments: