Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Saturday 27 February 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL JPMM DUN SEMARANG & MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM AYER HITAM.

Masyarakat Bertanggung Jawab Menjaga Anak-anak.
Pekan Ayer Hitam 27 Feb
– Ahli masyarakat diingatkan bertanggung jawab menjaga anak-anak dalam kawasan tempat mereka bermastautin kerana budaya menjaga anak-anak masyarakat ini merupakan satu tuntutan. “Anggaplah anak-anak kita juga anak kepada ahli masyarakat dan izinkan mereka mengawal dan mendidik anak-anak kita” kata Ustaz Mahyudin bin Sharif ketika menyampaikan ceramah Maulidurrasul di masjid Jamek sultan Ibrahim Ayer Hitam. Katanya lagi masyarakat hendaklah mengembalikan budaya murni masyarakat dahulu iaitu menjadikan institusi masyarakat sebagai tempat mendidik dan melatih ahli-ahli masyarakat untuk bersopan santun, berahlak mulia, hormat menghormati dan saling berkerjasama. Merujuk kepada sejarah silam, beliau menceritakan bagaimana ahak-anak zaman dahulu tidak dimanjakan malah akan mendapat hukuman berat oleh ibu bapa sekiranya anak mereka didapati bersalah oleh pihak guru atau masyarakat. Ustaz Mahyudin bin sharif merupakan Pegawai pendidikan dan dakwah di Pusat Islam UTM Skudai dan sebelum ini bertugas di Jabatan Agama Islam Johor selama lapan tahun. Majlis sambutan Maulidurrasul kali ini di rasmikan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN kawasan Semarang / Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam dan dihadiri sama oleh Sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO hg Ayer Hitam, Tuan Hj Mohd Junaidi Kamari Naib Ketua UMNO Bhg ayer Hitam, Encik Selamat Mohamed Penghulu Mukim Tg Semberong dan Tuan Hj Salleh Rahman Penghulu Mukim Chaah Baru. Dalam ucapan perasmian YB Datuk Samsol Bari Jamali mengumumkan iaitu Kerajaan Barisan Nasional telah pun memperuntukan 1.7 juta untuk projek pembesaran masjid jamek Sultan Ibrahim dan insyaAllah akan dilaksanakan pada tahun 2010. Katanya lagi, dengan terlaksanakanya projek tersebut mudah-mudahan masjid ini dapat dijadikan pusat untuk membina persatuan dan kesatuan umat Islam serta sebagai pusat pembangunan ummah dan tamadun Islam.(Sumber Oleh Sub_halid) ByM69

0 comments: