Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday 2 February 2010

Mana NegaraKu Tanah Melayu?..(Imbas Kembali)


Orang Lain Ada Negaranya Orang Melayu Mana Negaranya.Pada 26 Febuari 2006 ramailah orang Melayu berhimpun di Bandar Penggaram Batu Pahat. Setiap jalan di banjiri oleh lautan manusia khususnya di jalalan Rahmat, jalan Sultanah dan jalan Stadium. Mereka berhimpun untuk mengenang kembali jasa dan budi pemimpin terdahulu iaitu Dato' Onn bin Jaffar yang berjaya menyatukan orang-orang Melayu dan memusnahkan cita-cita penjajah untuk menegakkan sistem Malayan Union di Tanah Melayu. Semangat perjuangan Dato' Onn masih membara hingga kehari ini tetapi malangnya di kalangan generasi muda ada yang tidak menghayati riwayat ini lantaran mereka buta sejarah dan tidak merasai adanya sejarah yang menghasilkan mereka.Mereka adalah hasil produk sejarah masa lampau. Bersyukurlah, rupa-rupanya sejarah lampau membolehkan kita berada dipuncak sekarang.(Sub_Halid@yahoo.com.my) By Ajey M69

0 comments: