8 Mei 2011. UMNO bahagian Ayer Hitam telah mencatatkan sejarah pada persidangan 2011 kerana seramai lebih 600 orang perwakilan telah menghadiri Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Ayer Hitam, bilangan yang hadir pada tahun ini merupakan jumlah perwakilan yang paling ramai sejak Bahagian Ayer Hitam wujud. Persidangan bermula jam 9.30 pagi hingga tamat jam 6.00 petang.Persidangan yang dijalankan dengan penuh warna warni telah dirasmikan oleh YB Senator Mejar (B) Dato' Seri Jamil Khir, menteri di Jabatan Perdana menteri yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.Semasa merasmikan persidangan, YB Dato' Seri Jamil Khir telah mengingatkan semua ahli UMNO supaya mempertahankan parti keramat UMNO yang telah membela bangsa Melayu dan Agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO lah parti yang dapat melindungi bangsa Melayu dari terus dijajah oleh pelbagai bangsa yang mahu mengaut hasil kekayaan dibumi bertuah ini. Kerajaan melalui UMNO telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara, jika dahulu semasa negara menyambut ulangtahun hari perajurit upacara memperingati pejuang yang terkorban di tugu negara telah ditiadakan, sesuai dengan negara Malaysia sebagai sebuah negara islam. Konsep gagasan satu Malaysia yang diilhamkan perdana menteri juga telah mengguna pakai ajaran nabi Muhammad SAW. yang mengutamakan UMAT Islam, sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan Prestasi diutamakan.Dalam ucapan alu-aluannya YB Datuk Samsul Bari Jamali selaku ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam menguggah semua ahli umno di bahagian ini supaya mempersiapkan diri masing-masing untuk mendekati masyarakat bagi menghadapi pilihanraya yang akan tiba. Beliau juga amat bersyukur kerana gerakan menambah pengundi baru dalam DUN semarang telah dapat mendaftarkan seramai 1322 penggundi, usaha yang dijalankan selama 2 minggu telah dapat mencapai matlamatnya atas kerjasama jentera parti secara sukarela dapat menyusuri dari rumah-ke rumah. Jika pertambahan pengundi baru ini dapat di terima SPR dalam PRU 13 Parlimen Ayer Hitam akan mempunyai kira-kira 60% pengundi Melayu yang berdaftar. (Sumber Johari Othman)ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment