Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday, 14 November 2010

Chauvinis Cina kembali menuntut..Tak Hormat Perlembagaan Negara..

Perancangan dan usaha golongan minoriti Bukan Melayu terutama Chauvinis Cina tidak pernah serik ataupun muak dengan sifat mereka yang wajar dipertimbangkan sebagai ‘Tidak Berterima Kasih dan Taat Setia’. Walaupun telah dijelaskan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 61 21-23 Oktober lepas bahawa peruntukan tertentu yang melibatkan orang Melayu dan ugama Islam seperti Artikel 3, 149, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, namun ada yang masih lagi berdegil.

Perhimpunan Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Johor Bahru pada 6 Nov 2010 lalu telah meluluskan 36 usul berhubung politik, pendidikan, budaya, agama dan sosial. Kandungnnya sama dikatakan sama seperti tuntutan “Suqiu” 1999. Ianya dikatakan akan dkemukakan pada Kabinet tidak lama lagi.

Dalam kongress ekonomi Cina yang dianjurkan MCA baru baru ini, isu mengenai kuota Bumiputra dan peluang untuk kontrak dari Kerajaan secara terbuka sepenuhnya telah dibangkitkan. Tindakan tindakan kenyataan seperti ini yang mengundang reaksi orang Melayu, terutama mereka yang mendukung semangat nasionalism agar apa yang telah dicapai semasa negara ini ditubuhkan termasuk ‘Kontrak Sosial’ agar tidak dibangkit, jauh sekali dicabar.

Akibat desakan dan tuntutan masyarakat Bukan Melayu terutama minoriti dari etnik Cina yang makin sistematik, konsisten dan lantang, maka NGO Melayu seperti PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu mula ditubuhkan dan mendapat perhatian intensif.(Dari Blog Bigdog terima kasih by M69) Link blog ini untuk selanjutnya..
Chauvinis Cina kembali menuntut

Apa
"Hua Zong" atau Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Cina Malaysia merupakan sebuah NGO yang tegas memperjuangkan untung nasib pendidikan Cina di Malaysia. Presidennya ialah Tan Sri Pheng Yin Huah..

Kita sesama islam dan Melayu asyik sibuk dengan isu kafir mengkafir..orang lain terus maju dan menuntut kepelbagaian hak mereka dan menepikan hak kita sebagai melayu priBumi..sedarlah wahai anak bangsaKU.

0 comments: