Nazri pertahan kenyataan Namewee tak bersalah
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.
Menurutnya, reaksi kurang senang ditunjukkan sesetengah pihak terhadap kenyataan beliau itu berkemungkinan disebabkan mereka tidak memahami undang-undang atau dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan tetap mengambil tindakan terhadap Namewee kerana mendakwa video itu mempunyai unsur hasutan.
"Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain.
"Untuk kita kata dia mesti ada kesalahan lain sehingga boleh didakwa, itu sudah semacam kita ada masalah peribadi dengan dia. Sebagai pengamal undang-undang kita perlu profesional dan tidak mengambil sesuatu secara peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.
Kelmarin, beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Namewee melalui klip video terbarunya mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Disebabkan itu, mengikut akta tersebut katanya, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee.
Sebagai mengulas kenyataan menteri itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad menzahirkan rasa terkejut kerana menganggap video itu mempunyai unsur-unsur hasutan yang membolehkan Namewee didakwa.
Mohamed Nazri menambah, meskipun terdapat kritikan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, namun ia tidak menjadi masalah kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.
"Kalau dia kritik saya sebagai seorang menteri, tak kan saya hendak ambil tindakan? Tiada tindakan boleh diambil kecuali jika dia melanggar undang-undang negara.
"Kalau ada mana-mana pihak yang rasa cerdik, pergilah nasihatkan Peguam Negara di bawah akta manakah undang-undang boleh diambil ke atasnya. Pejabat Peguam Negara sudah tengok klip video itu dan berbincang tetapi tiada tindakan boleh diambil. Itu hakikatnya," ujarnya.
Mengenai klip video negarakuku yang lebih awal dihasilkan Namewee, beliau memberitahu masih belum menerima apa-apa makluman daripada Pejabat Peguam Negara.
Namun beliau terlebih dahulu memberitahu bahawa tindakan tidak dapat diambil di bawah Akta Hasutan kerana apa dilakukan itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada kaum Melayu sahaja malah rakyat Malaysia berbilang kaum.
"Kita tak boleh ambil tindakan di bawah akta hasutan kerana apa dilakukan itu sebenarnya mendatangkan perasaan marah bukan hanya pada sesuatu kaum tetapi pada semua kerana negara ini bukan hak orang Melayu.
"Kalau negara hanya hak orang Melayu dan dia hina negara, itu mungkin menghasut dan bersifat perkauman tetapi di sini ia tidak menjadi isu perkauman kerana negara ini hak rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya.
Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama masa diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap klip video negarakuku, Nazri menegaskan: "Peguam Negara belum maklumkan apa-apa lagi. Saya tunggu nasihatnya.
"Saya pun tidak tahu mungkin ada akta menghina lambang-lambang Malaysia yang membolehkan tindakan diambil tetapi di bawah Akta Hasutan, ia jelas tidak kerana Negaraku bukan hak orang Melayu sahaja.
"Sebagai menteri yang menjaga undang-undang, saya tidak kira siapa. Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, saya tetap akan ambil tindakan jika dia bersalah. Undang-undang tetap perlu ditegakkan," tegasnya.(Utusan Melayu)
Wahai anak bangsaKu ingatlah..jika kau menjadi Pemimpih dimasa hadapan..jangan sesekali menghina BangsaMu sendiri..kelak kamu akan rugi...,berfikiran secara matamg bukan MENGKAL dan Dangkal..nanti kuburMu hanya panjang si JENGKAL...BYM69.
MARI SYAHADAH
Tuesday, 30 November 2010
TEGAS kepada Melayu...Toleransie kepada yang lain....TAHNIAH!!!!
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, November 30, 2010 1 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO, Umum
UMNO Hulur Sumbangan...di Kg Pt Haji Ali.
Sumbangan derma dari UMNO kepada Saudara Jamil Asmaon
disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Junaidi Bin Kamari
UMNO Bhg Ayer Hitam, telah menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa kebakaran , Saudara Jamil Asmaon yang telah di timpa musibah kebakaran pada 11.Nov 2010.
Sumbangan derma telah di sampaikan oleh Tn Haji Mohd Junaidi Bin Kamari, Naib Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam, yang mewakili Datuk Samsolbari Bin Jamali yang ketika ini sedang menunaikan fardu Haji. Mangsa kebakaran juga telah di lawati oleh YB Wee Ka Siong selaku Ahli Parlimen Ayer Hitam bersama Setiausaha Umno Bhg Ayer Hitam Saudara Abdul Halid Saat. (Sumber berita dan foto dari Pejabat UMNO Ayer Hitam. Terima kasih)
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, November 30, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang, Umum
Saturday, 27 November 2010
SONGKOK?
Songkok tinggi pemberian kami
yang kau pakai di kepala bahlol itu
menunjuk-nunjuk pandainya
di hadapan kami
yang kau sangka sama bahlolnya
dengan kepalamu itu
lantas
kau menjaja songkok tinggi pemberian kami
bersama- sama dengan hidungmu yang semakin tinggi
ke sana ke mari
ke darat ke baruh ke laut
membuka pekung
dengan baju bangang yang terbukadi dada
dari dalam pekung itu
keluar nanah khianat
yang melemaskan bangsa
ingatlah
songkok itu pemberian kami
diperbuat daripada darah nenek moyang
jangan kau kotori
dengan tahi hidungmu yang semakin meninggi.
.by KhXXX JoXXX A M on Tuesday, November , 2010 at 12:13pm.
(Gambar hiasan sahaja..tiada kaitan dengan Pejuang Bangsa Melayu di atas)
(Nukilan ini di kirim oleh seorang pembaca blog dunsemarang kepada saya untuk di Upload. Saya ucapkan terima kasih..banyak yang tersirat khasnya untuk Ahli UMNO.Kepada siapa di tujukan..Ahli akar Umbi. Ketua Cawangan..AJK...samalah kita fikir..Semuga anak bangsaku dari UMNO tidak terus leka...)
ByM69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Saturday, November 27, 2010 0 comments
Labels: Umum
Wednesday, 24 November 2010
Pertandingan KOULEM (Kolam) anjuran PPP.Kelab Belia Bell dan UMNO Ayer Hitam
21.11.2010 Yong Peng Pertandingan Tradisional masyarakat Tamil(India) dinamakan KOULEM telah diadakan di Yong Peng. Para peserta terdiri dari kanak-kanak masyarakat Tamil sekitar Yong Peng dan Parlimen Ayer Hitam. Pertandingan Koulem ini adalah anjuran PPP Bhg Ayer Hitam bersama Kelab belia Bell Yong Peng, serta UMNO Ayer Hitam.YB Datuk WKS menutup rasmi program lni pada jam 1.30 ptg dengan slogan 1 MALAYSIA.Semuga Semangat Satu Malaysia menjadi satu identiti baru rakyat Malaysia, jangan setakat di bibir sahaja.(Sumber Berita SuBAH Halid) ByM69Aaaaa.....ni la hasil karya yang menang peretandingan Koulem tu. Cantik kan?......1 Malaysia.Puan Wahida Ketua Wanita PPP tu senyum lebar sbb projeknya menjadi. Tahniah PPP
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Wednesday, November 24, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang, Umum
Tuesday, 23 November 2010
AKTIVITI PUTERI UMNO JOHOR & PUTERI UMNO BHG AYER HITAM
21 NOV 2010, PROGRAM KONVOI KEBAJIKAN, PUTERI MENYUSUR AKAR, PERG.PUTERI UMNO JOHOR.. MENJELAJAH DAERAH BATU PAHAT.. Alhamdulillah..Program Konvoi Kebajikan Puteri Menyusur Akar Daerah Batu Pahat,telah berjaya di laksanakan dengan lancar serta mencapai visi dan misi. Kami PUTERI UMNO JOHOR merasa seronok dan puas,dapat menjelajah seluruh Bt Pahat.. Program diakhiri dengan menziarah
& memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pt Hj ALi. Segala kekurangan kami mohon keampunan.
(Berita dari Nuriyati Md Ithnin KP Puteri UMNO Bhg Ayer Hitam)
By M69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Tuesday, November 23, 2010 0 comments
Labels: Aktiviti Dun Semarang
Friday, 19 November 2010
Resis...Siapa Rasis..Cina Atau Melayu............. Tak SelesaKAH tinggal di Tanah Melayu?
Antara keUNIKkan yang terdapat di negara INI ialah kita meLIHAT bagaimana akhbar-akhbar berBAHASA bukan Melayu diTERBITkan dan diEDARkan secara terbuka tanpa mengambil kira perutukan perlembagaan bahawa Bahasa Melayu adalah sebagai BAHASA KEBANGSAAN.. Yang lebih UNIKnya lagi, akhbar-akhbar sebegini bukan sahaja tidak mengGALAKkan keHARMONIan sesama KAUM, malah disalah-gunakan untuk menyebarkan fahaman perKAUMan SEMPIT tanpa mengambil kira SENSITIVITI kaum-kaum LAIN terutamanya orang Melayu sebagai penduduk MAJORITI negara INI..
Kita ucapkan SYABAS kepada Kumpulan Utusan kerana mengambil INISIATIF untuk menTERJEMAHkan dan menyampaikan maklumat daripada akhbar-akhbar Bahasa CINA di dalam Utusan Malaysia (Terima Kasih dan Ihsan dari
http://parpukari.blogspot.com/)
TIMBALAN editor akhbar Sin Chew Daily, Lim Swee Guan dalam ruangan pendapat
MCA dan Masyarakat Cina
Penulis yang menggunakan nama samaran Yap Bing memberikan pandangan berhubung MCA dan masyarakat Cina dalam ruangan pandangan rakyat akhbar China Press terbitan 15 November. Beliau menyentuh mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai langkah pertahankan hak masyarakat Cina yang perlu dilaksanakan.
Artikel berkenaan turut memetik kenyataan Soi Lek yang berkata, “Jika ia tidak dapat dilaksanakan, saya letak jawatan.”http://drchua9.blogspot.com
Soi Lek turut menyatakan komitmen bahawa MCA akan melaksanakan langkah mempertahankan hak masyarakat Cina supaya masyarakat Cina nampak BN menjaga kepentingan mereka.
Ini termasuklah isu sijil gabungan sekolah menengah Cina, kemasukan ke maktab perguruan, pembahagian sama rata biasiswa, penyelarasan separuh bantuan sekolah rendah Cina dan isu penggunaan tapak sekolah rendah Cina.
Tambah Yap Bing, masyarakat Cina sudah lama mendengar segala janji yang ditaburkan itu. Ingatan masyarakat Cina masih segar. Tetapi kenapa semakin senyap dan tidak ada perubahan. Contohnya isu perpindahan sekolah rendah Cina, kekurangan guru-guru di sekolah rendah Cina, ekonomi dan pendidikan yang melibatkan kepentingan masyarakat Cina semuanya tidak jelas.
‘‘Semuanya tidak dilayan dengan adil dan tidak diselesaikan secara teratur. Sudah berapa tahun masyarakat Cina memendam rasa. Jika buat kaji selidik, selama ini kerajaan memang laksanakan polisi rasis. Kebanyakan isu tidak ditangani dengan adil serta menyeluruh kepada semua rakyat,” jelasnya.
Sampai bilakah kamu tidak puas hati pada Melayu...Adakah kamu haraf sehingga seperti Singapura..hingga hilang Melayu kamu telan..siapa sebenarnya yang memulakan RESIS...adakah 13 mei angkara Melayu..atau sifat resis golongan Kamu...ya Kamu..siapa Kamu..adakah MCA dan Masyarakat Cina..Wahai anak BangsaKU..bersatulah...kemewahan yang kamu kecapi sekarang adalah pengorbanan Nenek Moyang Kita yang sedia menerima KONTRAK SOSIAL...tapi dewasa ini ramai yang Kontrak dan banyak yang So..Sial...
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, November 19, 2010 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO, Umum
Tuesday, 16 November 2010
Sunday, 14 November 2010
Chauvinis Cina kembali menuntut..Tak Hormat Perlembagaan Negara..
Perancangan dan usaha golongan minoriti Bukan Melayu terutama Chauvinis Cina tidak pernah serik ataupun muak dengan sifat mereka yang wajar dipertimbangkan sebagai ‘Tidak Berterima Kasih dan Taat Setia’. Walaupun telah dijelaskan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 61 21-23 Oktober lepas bahawa peruntukan tertentu yang melibatkan orang Melayu dan ugama Islam seperti Artikel 3, 149, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, namun ada yang masih lagi berdegil.
Perhimpunan Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Johor Bahru pada 6 Nov 2010 lalu telah meluluskan 36 usul berhubung politik, pendidikan, budaya, agama dan sosial. Kandungnnya sama dikatakan sama seperti tuntutan “Suqiu” 1999. Ianya dikatakan akan dkemukakan pada Kabinet tidak lama lagi.
Dalam kongress ekonomi Cina yang dianjurkan MCA baru baru ini, isu mengenai kuota Bumiputra dan peluang untuk kontrak dari Kerajaan secara terbuka sepenuhnya telah dibangkitkan. Tindakan tindakan kenyataan seperti ini yang mengundang reaksi orang Melayu, terutama mereka yang mendukung semangat nasionalism agar apa yang telah dicapai semasa negara ini ditubuhkan termasuk ‘Kontrak Sosial’ agar tidak dibangkit, jauh sekali dicabar.
Akibat desakan dan tuntutan masyarakat Bukan Melayu terutama minoriti dari etnik Cina yang makin sistematik, konsisten dan lantang, maka NGO Melayu seperti PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu mula ditubuhkan dan mendapat perhatian intensif.(Dari Blog Bigdog terima kasih by M69) Link blog ini untuk selanjutnya..
Chauvinis Cina kembali menuntut
Apa
"Hua Zong" atau Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Cina Malaysia merupakan sebuah NGO yang tegas memperjuangkan untung nasib pendidikan Cina di Malaysia. Presidennya ialah Tan Sri Pheng Yin Huah..
Kita sesama islam dan Melayu asyik sibuk dengan isu kafir mengkafir..orang lain terus maju dan menuntut kepelbagaian hak mereka dan menepikan hak kita sebagai melayu priBumi..sedarlah wahai anak bangsaKU.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 14, 2010 0 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Siapa yang Takut no 13..13..13
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sumber: Wikipedia
Dun Semarang: YB Zul, mengapa DAP dan gUAN eNg terlalu trauma dengan 13 Mei..
YB Zul Kulim : Jawapannya mudah. Kerana mereka tahu apa sebenarnya berlaku pada hari hitam 13 Mei itu. Mereka tidak mahu peristiwa itu didedahkan! Mereka tidak mahu pembunuhan dan pendarahan keatas bangsa Melayu hari itu diketahui umum! Kerana apa, kerana mereka tahu siapa dalang-dalang disebalik peristiwa itu! Mereka tahu siapa yang melakukan provokasi melampau terhadap orang Melayu pada masa itu! Mereka tidak mahu warna sebenar dan tembelang pekung dalang-dalang ini diketahui! Mereka tahu puak cauvinis celaka mana yang mendalangi peristiwa itu. Dan mereka tahu cauvinis-cauvinis celaka itu masih hidup, kini meneruskan perjuangan cauvinis, rasis dan pelampau mereka bertopengkan demokrasi dan hak asasi kemanusiaan!!
Dun semarang : Adakah orang Melayu seperti saya di akar Umbi ini tidak boleh bersuara..memperjuangkan Bangsa sendiri?
YB Zul Kulim :"Hari ini, dalam negara ini, seolah-olah umat Islam bangsa Melayu menjadi saperti warga kelas kedua., diketepikan. Hari ini seolah-olah satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu agama Islam, isu orang Melayu. Dah jadi satu dosa besar dalam negara ini. Sampai kata orang "Pak Jangoat pun sampai ketaq teloq hendak bercakap pasal Islam". Takut..
Dun Semarang : Adakah mereka takut dengan 13 Mei....
YB Zul Kulim : ,,,,,Tetapi bila kita bercakap tentang '13 Mei', 'mereka' akan mengamuk. "Sudah historical, lapuk, tak boleh cakap ini cerita, sudah lama!". Pasal apa mereka takut sangat? Pasal apa?
Dun semarang ; Terima Kasih YB.
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Sunday, November 14, 2010 0 comments
Saturday, 13 November 2010
Bangau Oh Bangau....Hi hi Padan MUKA mu..
(Youtube dari House PK)
Semua harus tahu..semua mesti Tahu..dan semua sudah tahu..tapi ada yang Hati Kaudu..tuduh Melayu..UMNO...resis...tidak adil, tiada timbang rasa, sekarang baru kamu tahu..siapa mereka sebenarnya..lain kali kutuk lagi UMNO dan Melayu yang telah banyak berjasa kepada Kaum India di Tanah Melayu ini...aku cadangkan mintalah bantuan pada Quen.... bila hantar memo pun guna bahasa Inggeris tapi bila marah guna pulak Bahasa Malaysia...
Wahai anak BangsaKU sekalian ingatlah..ingatlah..kita jangan lupa lagi..Bersatulah kita demi generasi akan datang..
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Saturday, November 13, 2010 0 comments
Friday, 12 November 2010
TERBAKAR..... PT HJ ALI DARAT Pt. Raja. 11 NOV
Rumah terbakar milik En JAMIL ASMAON
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Friday, November 12, 2010 0 comments
Labels: Umum
Thursday, 4 November 2010
Tahniah untuk UMNO....
Kami ahli akar umbi dan Ahli UMNO mengucapkan Tahniah kepada Calon BN Abdul Aziz Yusof berjaya merampas DUN Galas . Bagi pihak YB Datuk Samsolbari Bin Jamali yang kini di tanag suci..sekali lagi di ucapkan TAHNIAH dari DUN SEMARANG. Semuga kemenangan ini menjadi iktibar kepada mereka yang berlambang Hijau dan Merah serta Biru Laut. Bahawa sesungguhya Roket Merah yang terbang menuju Bulan Putih akan terjunam dan jatuh kelaut Biru. Dan kami UMNO akan sediakan kapal Layar untuk memudahkan anda berangkat ke tempat lain...semuga orang yang sedia Kafir tak lancang mulutnya menuduh UMNO Melayu Kafir...ASU mana yang biadab seperti itu...Di mana suara MCA..MIC..PPP..Gerakan..bila ada yang mengatakan Melayu UMNO KAFIR..mana dia SETIA KAWAN... yang sudi membela..senyap kerana hormat pada yang mengata Melayu UMNO. Tahniah DUN Galas..kami juga tahu majoriti yang undi UMNO...Wahai anak Bangsaku ingatlah...Sejarah..Tawarikh..Tarikh..
Tahniah kepada Tim Perdana Menteri dan kami berdoa agar PM DSN akan cepat sihat..Amin.(Poster Ihsan dari Blogger GAP) Terima kasih Tuan Guru kerana bersama menyumbang kemenangan kepada Calon UMNO..Tahniah dan teruskan di PRU 13. Ingatan yang mulia dan berprofail tinggi dari GAP yang harus kita lakukan "AYUH SAHABAT, KITA LAKUKAN SUJUD SUKUR.. ALHAMDULILLAH..HARUS DIINGAT, PERANG KITA LEBIH BESAR LAGI MENANTI..PRU KE 13 !"..terima kasih.ByM69
Posted by Oleh Ajey Suggeh. at Thursday, November 04, 2010 2 comments
Labels: Ucapan