Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 30 September 2010

Meriah..Sambutan Hari Raya YB Datuk Samsolbari Jamali Dun Semarang

Marhaban bersama Datuk Samsolbari bin Jamali

Ucapan dan amanat Hari Raya dari DSBJ


Sambutan Hari Raya dan rumah terbuka Anjuran YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, Adun Semarang, telah berlansung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat persekitaran dan semua cawangan di Dun Semarang dan Parlimen Ayer Hitam.
Dalam Ucapannya YB Datuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian mengunjungi sambutan Hari Raya dan Rumah terbuka beliau. Harapan Beliau agar ikatan tali persahabatan dan silaturrahim akan bertambah akrab. Beliau juga menyarankan agar kita semua, mempunyai keberanian untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif agar kita semua akan dapat melahirkan satu modal insan yang lebih kompeten, berkarisma dan berketrampilan. tidak mudah diperlekeh serta dipandang berkualiti.(ByM69)

0 comments: