Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday, 11 February 2010

Kursus Akar Umbi di KUP Pontian Johor.

Ketibaan YAB Menteri Besar Johor.
Peserta Kursus.
7 Feb 2010. Kayu Ara Pasong Pontian– Seramai 92 orang Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan dalam UMNO Bahagian Ayer Hitam dan Seri Gading telah berjaya menamatkan kursus pengukuhan akar umbi selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Usahawan Kayu Ara Pasong, Pontian. Kursus yang bermula pada 5hb Feb hingga 7hb Feb berjaya meningkatkan kefahaman isu semasa dan sekali gus membangkitkan kesedaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus berdaulat dengan menjunjung perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri. Kesetiaan kepada raja dan negara menjadi paksi segala tindakan untuk memastikan semua rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan makmor. Perasmian penutup kursus ini disempurnakan oleh YAB dato’ Hj Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor. Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua Penerangan UMNO Johor ( Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam ) YB Datuk Hj Mohamad Aziz Ketua UMNO Bhg Seri Gading, Datuk Mohd Ali Hassan Bendahari UMNO Johor, Sdr. Ramli Bohani Setiausaha Kerja UMNO Johor, YB Hj Aziz Kaprawi Timbalan Ketua UMNO Bhg Sri Gading dan Puan Rozlin Mohamad Timbalan Pengarah BTN Johor.Oleh Abdull Halid Saat(Sub_halid@yahoo.com.my)ByM69

Sunday, 7 February 2010

Terima Kasih YB.


Ayer Hitam.6.02.2010. Kami warga Umno Ayer Hitam Dan Dun Semarang mengucapkan terima kasih di atas kesudian YB. Datuk Ir. Dr.Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang sudi hadir merasmikan Program Peningkatan Sahsiah Disiplin Murid anjuran bersama KPM, JPN dan MAPAN Peringkat Negeri Johor Di SMKDM serta YB. Datuk Samsulbari Bin Jamali Dun Semarang yang turut hadir menjayakan program tersebut.Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Wakil Pelajar Sekolah Menengah yang meryertai Program Peningkatan Sahsiah Disiplin Murid.Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Wakil Pelajar Sekolah Randah yang meryertai Program Peningkatan Sahsiah Disiplin Murid.

KPM, JPNJ dan MAPAN

Ayer Hitam. Majlis Peningkatan Sahsiah Disiplin Murid anjuran bersama KPM dan JPNJ dengan kerjasama MAPAN akan di adakan pada 6.02.2010 di Dewan Seri Perdana SMK Datuk Menteri. Ayer Hitam,Batu Pahat.Majlis penutupan oleh YB. Datuk Ir.Dr. Wee Ka Siong. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ahli Parlimen Kawasan Ayer Hitam.

Wednesday, 3 February 2010

MELAYU setiap detik di hina.....Melayu itu seumpama lembu?


DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada mereka. Lihat sahaja di Kaunter kerajaan,bahan cetak. media IT, Hospital, pejabat Awam, siapa yang sering membuat onar dan sering menyalahkan orang lain. Di jalan raya. di Sekolah dan dimana sahajalah jika ada ruang dan kesempatan. Akhirnya Guru Melayu pun mereka hina, malukan dalam halayak ramai, ini lah bangsa bila telah jadi majoriti lupa daratan, mabuk, Adakah orang Melayu akan berbuat bergitu bila jadi majoriti. PASTI TIDAK sebab kita hidup poenuh sopan dan menghormati orang lain.
Antaranya bacalah artikal ini.
Ketika Datuk Nasir safar memilih secara"gentleman" untuk berhenti bagi menjaga kewibawaan institusi Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri, kita juga tertanya-tanya apakah tindakan Menteri Dalam Negeri terhadap sebuah akhbar Cina yang menulis anekdot bahawa Melayu itu seumpama lembu?

Utusan hari ini melaporkan:

Laporan pendidikan yang ditulis dalam bahasa Mandarin diarah turut ditulis dalam bahasa Melayu menjadi topik di dalam ruangan ‘perbincangan umum rakyat’ akhbar China Press pada 31 Jan 2010 (Ahad).

Melalui tajuk “Malaysia satu “bahasa Melayu”? penulis samaran Fong Ching menulis tentang peristiwa guru besar memanggil semua guru di sekolahnya mengadakan mesyuarat khas. Mesyuarat tersebut tidak dijalankan seperti biasa, semua guru menerima sepucuk surat rasmi. Guru besar membaca satu persatu ayat yang terkandung di dalamnya; “mulai dari hari ini pihak jabatan pendidikan mengarahkan semua guru yang menulis laporan atau surat berkaitan pendidikan, jika menggunakan tulisan bahasa Cina, di sebelah tajuk tugas, perlu tulis terjemahannya sekali dalam bahasa Melayu!

Semua guru terperanjat apabila arahan ini dikeluarkan kerana ia belum pernah berlaku di sekolah rendah Cina sebelum ini. Semua guru-guru termasuk penulis mempertikainya kerana merasai bahawa pihak tersebut telah melanggar hak kebebasan sekolah rendah Cina.

Ada seorang cikgu muda tampil ke hadapan berkata; “Hari ini saya mengajar perbidalan bahasa, iaitu “bermain muzik di depan lembu” dalam bahasa Mandarin. Adakah saya kena terjemahkan bulat-bulat ke dalam bahasa Melayu “bermain muzik di depan lembu”? Adakah jika pegawai-pegawai pelawat datang, mereka tahu maksud terjemahan itu?

Soalan ini mendapat sorakan dari guru- guru lain. Pada masa yang sama mereka tanya guru Melayu yang hadir mesyuarat itu bertanyakan maksud perkataan itu, adakah dia tahu apakah maksud bidalan bahasa tersebut?

Dengan tersipu-sipu guru Melayu tersebut berkata tidak tahu maksudnya. Cikgu yang ajukan soalan tersebut berkata; “awaklah yang lembu!” sekali lagi dapat sorakan ramai!Maka kita pun tertanya-tanya mengapa penghinaan tersebut yang dilakukan oleh akhbar China Press dibenarkan?

Banyak penghinaan kepada MELAYU oleh kaum lain di internet tidak pula diambil tindakan. Lihat NEGARAKUKU dan KERANAMU MALAYSIA versi nAMEwEE.
Setakat ini hanya kaum Melayu yang kena sedangkan di internet ini penuh dengan cacian dan kejian bukan Melayu terhadap Melayu. Inikah MIDDLE MALAYSIA..orang Melayu yang perlu sederhana walaupun terus di caci, di hina di persenda.
Lihat apabila Gereja dan Sekolah di lempar bom api, pesalah dengan mudah diheret ke Mahkamah dan berwajah Melayu..tapi mana pergi pelempar Bom Api Di Surau kawasan Muar...siapa dan apa jenis orangnya..tiada diumumkan. Adakah melayu ini rakyat kelas 3 di bumi Malaya ini.

Tuesday, 2 February 2010

Mana NegaraKu Tanah Melayu?..(Imbas Kembali)


Orang Lain Ada Negaranya Orang Melayu Mana Negaranya.Pada 26 Febuari 2006 ramailah orang Melayu berhimpun di Bandar Penggaram Batu Pahat. Setiap jalan di banjiri oleh lautan manusia khususnya di jalalan Rahmat, jalan Sultanah dan jalan Stadium. Mereka berhimpun untuk mengenang kembali jasa dan budi pemimpin terdahulu iaitu Dato' Onn bin Jaffar yang berjaya menyatukan orang-orang Melayu dan memusnahkan cita-cita penjajah untuk menegakkan sistem Malayan Union di Tanah Melayu. Semangat perjuangan Dato' Onn masih membara hingga kehari ini tetapi malangnya di kalangan generasi muda ada yang tidak menghayati riwayat ini lantaran mereka buta sejarah dan tidak merasai adanya sejarah yang menghasilkan mereka.Mereka adalah hasil produk sejarah masa lampau. Bersyukurlah, rupa-rupanya sejarah lampau membolehkan kita berada dipuncak sekarang.(Sub_Halid@yahoo.com.my) By Ajey M69

02.02.2010 Si Putar dan Si Belit, Tangguh lagi?


"Saya baru dikhabarkan oleh seorang sahabat dari PKR bahawa malam tadi lebih kurang jam 8.30 malam, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman Anwar Ibrahim. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja semasa bicara kes LIWAT Anwar dijalankan".

Yang mempengerusikan mesyuarat ini adalah Datin Seri Wan Azizah sendiri dan di antara orang yang hadir adalah Shamsul Iskandar, berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dibuat sepanjang perbicaraan ini berlangsung:

1.Esok Karpal Singh akan memohon supaya Dato Seri Najib dan Datin Seri Rismah disapina sebagai saksi ke dalam kes Liwat ini (apa kena mengena mereka berdua dalam kes ini?)

2.Esok mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk membuat kacau bilau, bukan rakyat tetapi orang-orang upahan mereka yang akan membuatnya, tujuan mereka supaya mereka boleh memancing polis, bila berlaku kekasaran dan ini sekaligus akan membuat orang ramai simpati kerana polis bertindak ganas!

3. Shamsul Iskandar telah dilantik sebagai 'field commander'! Esok misi provokasi pertama menentang polis akan dimulakan! Ini baru permulaan, mereka akan menggunakan lebih ramai orang lagi supaya ianya nampak lebih gah! Mereka juga akan mengadakan pelbagai jenis perhimpunan sepanjang perbicaraan kes ini!

Maka pesan saya kepada sesiapa yang patut, berhati-hatilah, musuh dalam negara ini sudah diaturkan untuk menggunakan taktik jahat, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengenai hal ini!

Saya minta jasa baik rakan bloggers semua supaya edarkan artikel ini tak kira dalam FB atau Twitter atau mana-mana saja, suapay kita tidak tertipu dengan mainan mereka ini lagi!

Juga baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram esok!


Copy from House PK at 2:40 AM Post by Ajey suggeh group.

Sunday, 31 January 2010

Siapa PUTAR dan BELIT?


Gerai Medan Bahagia Ayer Hitam bukan satu isu yang besar kalau kita semua ada sikap TOLERANSI dan tahu siapa Kita. Kemelut ini semua dapat di atasi dengan mudah jika tiada di pengaruhi Emosi dan segelintir insan yang memang benci pada Melayu dan UMNO. Datuk Samsol telah berusaha sedaya mungkin tapi manakah kerjasama yang diharafkan bahkan tomahan diterima. ...TAHUKAH Kita kronologi sebenar dan sinopsis Gerai Medan Bahagia Ayer Hitam. Adalah amat memilukan dan memalukan jika segala ungkapan yang dihujahkan tidak sepadan dengan pakaian dan ketayap yang di Sarungkan. Apakah BENAR ADUN SEMARANG YB Datuk Samsolbari Bin Jamali, tidak membantu. BENARKAH? Siapa sebenarnya yang tidak mahu di Bantu? Siapa yang lebih sibuk..Datuk atau Bekas Penjaja Medan Bahagia. Rujuklah surat dari wakil Penjaja dan Peniaga Medan Bahagia, buat penilaian...Lihatlah apa mereka buat dan katakan"Apa yang menyedihkan, wakil rakyat DUN Semarang seolah-olahnya tidak sedar bahawa beliau adalah wakil rakyat yang mana tugasnya adalah untuk mewakili rakyat namun apa yang berlaku ADUN tersebut tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu ini. Ditambah lagi, ADUN tersebut memberitahu kepada para penjaja bahawa beliau takut untuk menangani isu ini kerana bimbang akan kehilangan jawatannya. Justeru saya mencabar beliau untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan memberi ruang kepada orang lain yang lebih bersedia untuk mewakili kepentingan rakyat" ungkapan dan ayat ini di petik dari http://minda-kembara.com/ benarkah? jagan putar dan belit
Lihat komen mereka:
messi1234 said...
hai... si penjual kerepek punya surat pun kau orang UMNO - putarbelit, fitnah dan adu domba dalam blog ni apa nak jadi kau orang ni semua duduk dalam comitee UMNO Ayer Hitam buat malu aje hoi......Si penjual kerepek tu ahli2 UMNO, kalau tak takan Mohd Aziz wakil rakyat dulu tolong mereka dapatkan tempat dan berniaga disitu.
messi1234 said...
"tiada yg kecil dalam perjuangan, yg besar wujud krn sokongan yang kecil...manakala yg besar menyumbang kepada kesejahteraan yg kecil.. " DSBJ 3.01.2010 - temberang rupanya si samdol ni.....
messi1234 said...
ini kronologi hantar satu salinan kepada SPRM untuk disiasat, betul ke? tidak? sebab kalau nak lepas tengkok macam2 alasan bolih buat...dol...samdol
Anonymous said...
Begitulah adanya segelintir manusia yang sentiasa mencari kelemahan orang lain tetapi malangnya gulungan ini hanyalah suku yang suka berbohong dan mengelirukan fakta. Puak ni yang dilihat baik dia takkan berbunyi tetapi yang dilhat pada pandangan mata kasarnya tak baik, dengan pantas akan menghentam sembrono tanpa mencari fakta sebenar. Nah..sekarang faktanya dah depan mata.. Jadi sepatuntnya puak-puak yang melemparkan segala dusta kepada UMNO dan pimpinan UMNO bahagian merasa malu dengan kata nista dan tohmahan yang telah dibuat. Tapi, adakah puak ni sanggup menerima dan mengakui kesilapan mereka? Sudah pasti tidak, sebabnya mereka ni adalh kalangan orang yang telah diracuni pemikiran ekstrim untuk melihat bangsanya sendiri hancur dan kecundang..puak ni sudah dipengaruhi racun iri dan kesumat Parti berAkidah Songsang ..PAS..

Thursday, 28 January 2010

Apa Bezanya?

NameWee dan AdukaTaruna apakah ada perbezaan. Aduka menghina Sultan Johor manakala NamewEE menghina hampir keseluruhan Umat Melayu. Negara dan Agama Islam.. Siapa pula diberi penghormatan dan di maafkan. Mengapa? Aduka Taruna tidak boleh dimaafkan seperti NameWee. Memang sewajarnya. Tapi anak Muar Johor lagi besar,hebat dan angkuh penghinaannya terhadap negara. Adakah AZAN hanya bagai ayam berkokok....Ingatlah wahai Umat Melayu. Islam. Bersatulah kita untuk generasi akan datang. Jangan sampai KEPALA BABI naik mimbar...Fikirlah..... ByM69

Monday, 25 January 2010

Tinggalkan Tanah Melayu...!

ANTARA Blog yang tidak layak sebagai manusia yang Tinggal Di Tanah Melayu yang permai,aman,selesa dan harmoni. Blogger yang layak di gelar G0-Blog, al-Bongok, wal Kemplo A/l-GemBluk. Kita selama ini amat menghormati Sultan, tetapi dgn mudah ianya menghina. Menghina Sultan bererti menghina Melayu.Kalau tak suka tinggal di sini, SILA TINGGALKAN TANAH MELAYU dan CARI negeri lain. Siapa sebenarnya Animal....
Ingatlah anak bangsaKu pada Tahun 2010 kita terus-terusan di hina, cuba fikir 2 tahun akan datang ke mana kita? Oleh itu daftarlah mengundi demi explorasi dan kelangsungan umat Melayu dan Islam.Photo ihsan http://hamidahosman.blogspot.com/
Kami Di Dun Semarang mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan terhadap Sultan Johor. Terima kasih Sungai Rapat. Bersatulah kita dan UNDILAH UMNO. ByM69.

KISAH kecil RAKYAT JOHOR.

Ayer Hitam JOHOR. Kg Cahaya Baru. "Walaupun saya seorang dari keluarga yang kurang mampu, tapi saya juga ingin turut sama BERKABUNG dan menghormati kemangkatan Sultan, Saya pakai apa yang termampu oleh saya,Tiada siapa memaksa, saya ingin juga menjadi rakyat yang setia dan sayangkan negara saya, doakan saya" itu kata seorang pelajar yang saya temui.Demi sayangkan dan semangat cintakan Tanah Air, beliau tidak merasa malu untuk turut berkabung seadanya. TAHNIAH! adakah semua rakyat JOHOR boleh turut sama berbuat demikian? Adakah ADUKA TaRAUNA mampu berbuat demikain? JANGAN menghina Sultan sendiri. Bym69.

Kesetiaan Pada Raja dan Negara


Hikmah pensyariatan ihdad (berkabung)
Taat pada Ulil Amri yang taat pada ALLAH dan RASULNYA. Maka kita sebagai rakyat yang prihatin dan menghormati Raja dan Sultan, haruslah kita sama-sama menghormati kemagkatan Almarhum Sulatn Iskandar Al-Haj dengan berkabung. Kita boleh buat kesimpulan pada mereka yang sudi dan tidak sudi berkabung.
Adapun diantara hikmah Islam mensyariatkan berkabung (ihdad) ini secara umumnya adalah sebagai menzahirkan rasa sedih terhadap kehilangan seseorang dengan cara yang terbatas dan terkawal, tidak seperti kelakuan orang-orang jahiliah apabila berlakunya kematian, mereka akan menangis dengan menjerit-jerit, menampar-nampar pipi serta mengoyak-ngoyakkan baju dan barbagai-bagai lagi perkara yang dilarang oleh syarak.
Perbuatan-perbuatan seperti di atas adalah perbuatan orang jahiliah yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis Baginda yang maksudnya: “Tidak termasuk golongan kami mana-mana orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan orang jahiliah” (Hadis riwayat Al-Bukhari). By M69

Pemuda UMNO Cawangan Yong Peng bermuafakat dengan bergotong royong


Yong Peng 24 Jan-UMNO Cawangan Yong Peng berkerjasama meningkatkan muafakat mereka dengan bergotong royong membina sistem pengcahayaan untuk gelanggang sepak takraw yang terletak di Taman Seri Aman Yong Peng. Ketua UMNO Cawangan, Tuan haji Akhpah bin Abd Hamid berkata program ini adalah kerja uasaha sama Pemuda UMNO Cawangan Yong Peng bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam. Program gotong ronyong ini melibatkan pemuda, remaja dan penduduk dewasa Taman Seri Aman dan sekitarnya. Dengan tersedianya sistem pengcahayaan ini semua pemuda di Taman Seri Aman berpeluang beriadah di waktu malam dan mereka boleh mengisi lapang dengan aktiviti sehat dan menguntungkan.(Sub_halid) By M69

Biro Kebajikan Dapat Peruntukan Enam Buah Kerusi Roda


Kg Hj Ghaffar 24 Jan 2010 – ADUN Kawasan Semarang YB Datuk Samsol bari Jamali menyediakan peruntukan enam buah kerusi roda untuk Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ayer Hitam menjalankan tugas sukarelawan mereka. Dengan adanya peruntukan Kerusi roda tersebut, mana-mana pesakit kritikal yang memerlukan kerusi roda bolehlah berhubung dengan Tuan Hj Ismail Khairon Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian untuk mendapatkan khidmat. Menurut Tuan Hj Ismail Khairun, khidmat kerusi roda tersebut ialah secara pinjaman dan sekiranya pesakit tersebut tidak memerlukan lagi maka ia hendaklah dikembalikan kepada pihak biro. Katanya lagi, pihak biro akan meneruskan usaha membangkitkan samarak sukarelawan di UMNO Bahagian Ayer Hitam demi hendak memastikan rakyat yang tidak bernasib baik terbela.Katanya UMNO adalah JUARA RAKYAT.
(Sub_Halid@yahoo.com.my) By M69

Sunday, 24 January 2010

Daulat TuanKu! Daulat TuanKu! Daulat TuanKU!.

DYMM Baginda Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar

"Saya, Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menaiki takhta menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluknya. Saya bersumpah akan memerintah dengan adil, saksama dan timbang rasa pada semua rakyat.
"Saya akan memelihara dan menghormati agama Islam, adat istiadat Melayu dan memegang teguh pada undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor dan Undang-Undang negeri," katanya. DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar. BY M69

Saturday, 23 January 2010

Al-Fatihah..Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Sultan Johor,Sultan berjiwa rakyat, Sultan Kasihkan rakyat. Sultan kasihkan Tanah Air, Sultan kebanggaan Rakyat JOHOR, DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat malam ini(22.01.10) selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
INGATLAH! INGATLAH! INGATLAH! Pulau Batu Putih Baginda bertitah, pulau berkenaan bukan milik republik/Singapura/Temasek , sebaliknya hak kerajaan Johor.

“Saya akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Batu Putih yang kini dimiliki Singapura supaya kembali kepada kerajaan Malaysia. Suka saya ingatkan bahawa saya tidak lupa pada Batu Putih. Pulau itu bukan hak Singapura, tetapi hak Johor. Sampai bila pun saya akan cari ikhtiar dapatkan semula pulau milik Johor itu,” titah baginda....
Semuga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atasNya.Al-Fatihah. ByM69