Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Sunday, 23 May 2010

GAS...GAS..


Ambilah iktibar...(**andainya saudaraKu tidak dapat menonton klip ini, sila ke Youtube dan taip Dunsemarang terima kasih)

Friday, 21 May 2010

Ekspo Mini Dun Semarang..

Mari kita sama-sama mengunjungi Ekspo mini dan sertailah aktiviti yang di adakan. Klik photo untuk lebih jelas
Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk kita semua, bersyukurlah wahai ank bangsaKu.
(Sumber dari Puan Sukimah, Terima kasih kerana sudi menghantar berita) ByM69.

Karaoke...Ekspo Mini Dun Semarang

Anda berbakat, ayuh! mari kita sesama memasuki Pertandingan Karaoke.Berjaya atau tidak ,itu bukan soal pokok yang utama semangat kita sebagai Generasi UMNO pasti lebih kukuh.Kliik photo untuk lebih jelas
Hubungi pegawai yang tertera untuk maklumat lanjut.
(Terima kasih PN Sukimah kerana menghantar maklumat) By69

Wednesday, 19 May 2010

Perhatian ...semua Ahli masyarakat Bhg Ayer Hitam dan Dun Semarang


Satu aktiviti khidmat Masyarakat DUN Smarang akan di adakan seperti maklumat berikut:

Tarikh :23 Mei 2010
Masa : 8.30 pg hingga 4.00 ptg
Tempat :Dewan Orang Ramai Pt Semarang.

Aktiviti:

Perkhidmatan dari SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
*Pendaftaran Perniagaan
*Renew Daftar Perniagaan
*Membayar tunggakan daftar Perniagaan
*lain hal berkaitan Perniagaan.

Forum Ekonomi.
Peluang membuat pinjaman untuk Usahawan.
(Sumber S/U Bhg Halid saat)

1 Malaysia...UMNO sahaja..mana MCA PPP MIC Gerakan....

1 MALAYSIA adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat. Satu wawasan yang mulia dari Pemimpin Melayu.
TETAPI
BENARKAH PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA UMPAMA
“SENIPIS KULIT BAWANG?”Rakyat Malaysia perlu beralih dari konsep toleransi kepada kosep penerimaan dalam semua perkara dan menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza dan secara hakikatnya masih belum serasi sepenuhnya, Walaupun telah lama kita MERDEKA dan berkurun tinggal di Tanah Melayu ini...namun ramai yang kurang fasih berbahasa Melayu dan Kebangsaan. Tiada semangat patriotik yang tinggi dan enggan bertutur dalam bahasa kebangsaan, justru itu sikap resis di kalangan mereka terus menebal dan sentiasa di tiup api ketidak puasan hati dari setiap sudut.
DAN wajarkah..hanya MELAYU dan UMNO yang sentiasa bertungkus lumus menanamkan semangat PERPADUAN dan Satu Malaysia. Sepatutnya bukan Kita ..tetapi, mereka yang perlu menanamkan sikap perpaduan dengan lebih mendalam. Jangan menterbalikan fakta dan sampailah masanya wahai Melayu kita BANGKIT...siapa yang lebih perlu memupuk PERPADUAN. Berehatlah wahai UMNO dan Melayu dari slogan PERPADUAN jika orang lain hanya tersenyum sinis bila di sebut itilah PERPADUAN. Bagi mereka..PERPADUAN atau Satu Malaysia tiada memberi seberang "benefit". Sekarang kita rehat dan tuggu giliran orang lain pula meniup semangat PERPADUAN...buat apa kita membuang masa untuk PERPADUAN lebih baik kita tumpukan perhatian membangun dan menjenamakan anak bangsa DARI PELBAGAI SUDUT Pendidikan, Ekonomi. Agama. Sahsiah diri yang berINTERGRITI demi Tanah air ini. Betapa mulia hati Pemimpin Melayu..UMNO
Gagasan 1 Malaysia Perpaduan berbilang kaum dan prinsip keadilan untuk semua kaum

 Menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat

 Menghormati Perlembagaan dan Menghayati Rukun Negara

 Meneruskan agenda membina negara

 Mencapai status negara maju Tahun 2020

ByM69.

Monday, 17 May 2010

JANGAN Salahkan UMNO jika kalah...

Siapa bawa bendra itu?...Melayu..Islam..atau Pak Kadok...

DAP menang PRK Sibu....Siapa yang sebenarnya menang secara TOTAL...CINA..MELAYU..INDIA atau Satu Malaysia.
Jika kawasan Melayu di wakili dari orang kaum lain..meanag. Sokongan adalah majoriti Melayu, yang terlalu toleransi sementara kaum lain cuma Manis di Muka sahaja. Jika kawasan cina di wakili cina dan lawan DAP sudah pasti..DAP akan berjaya. Brhati-hatilah wahai Pak Kadok?...
APAKAH ini kurang jelas dan nyata siapa yang sebenarnya hanya pentingkan kaumnya sahaja dan meminggirkan yang lain. MCA Kalah adakah UMNO yang akan dipersalahkan, MIC kalah adakah UMNO yang akan diperslahkan seperti wakil MIC di Sg Siput Perak....Suara sumbang akan pasti kedengaran untuk menuding jari pada UMNO atas dasar kekalahn ini...tetapi kalau berjaya alasannya pasti itu daya usaha Partinya, sedarlah sikit wahai komponen BN..UMNO telah banyak berkorban..jangan sampai kami bangkit berkorban darah dan nyawa!.
kalau mereka sedia bersatu, mengapa kita Melayu dan Islam tidak bolehkah?
PERKASA..untuk menyatukan MELAYU, tetapi segala thomahan dilemparkan oleh Gerakan,Mic,Mca, Dap dan dari segala sudut, mereka curiga kalau Melayu Bersatu.
sebab agenda mereka bersatu adalah untuk menjatuhkan kaum lain, tetapi kita adalah jujur dan ikhlas. Jadikan SINGAPURA sebagai iktibar dan keluarlah wahai UMNO dari kepompong metaliti zaman Hang Nadim. Wahai anak BangsaKu bersatulah......yang berINOVASI..Pintar ....ByM69.

Sunday, 16 May 2010

Selamat Hari Guru..Terima kasih Guru Ku..

Thursday, 13 May 2010

Hari ini 13 Mei....


Ingatlah wahai anak bangsaKu...ByM69

Hari ini 13 Mei 2010


Kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu
Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.(Sumber ordemelayubaru.blogspot).
Jadikan pedoman wahai anak-anak muda,
jangan mencerca Bangsa sendiri,
jangan mencerca Kumpulan Sendiri,
Jangan mencerca orang Tua hari ini
Budi dan jasanya tiada galang ganti,
Bila PENYAPU menaiki lori,
Menyesal tidak berguna lagi.
By M.

Sunday, 9 May 2010

Fitnah..jangan menULAR di sini?,,,,

Lihatlah!..Fitnah yang di tabur sesama umat. Mengapa saudara seAgama dan SeBangsa sahaja yang berani di FITNAH dan di hina dina, mengapa yang lain di puja. Sudah hilangkah maruah sebagai Islam dan Melayu. Hubaya-hubaya lah..kini Mereka telah datang ke JOHOR..apakah Agenda dan jenis Isu yang akan di utarakan...gunakanlah wahai Anak bangsa akal fikiranMu yang waras untuk menilai segala ungkapan yang di HAMBURKAN.ByM69

Friday, 7 May 2010

Haraf Maaf

Rakan rakan yg di hormati.
Saya cuti sebentar..
Menghormati pemergian kakak Ipar isteriKu yg meninggal Dunia.

Monday, 3 May 2010

Ni Zar oh! Oh Ni Zal..Ba Ngau oh! Ba Ngau..


Lihatlah wahai anak bangsaKu, bila seseorang telah mulai menjadi SiTenggang...mereka lupa daratan lalu sentiasa mabuk...mabuk Laut. Mereka memuji bangsa lain dan mengeji bangsanya sendiri. Berdoalah kita agar segala kebejatan ini tidak menular ke tempat lain, terutama di Negeri johor ini. Fitnah dan adu domba yang dicipta akan memusnahkan dirinya sendiri. ByM69.

Sunday, 2 May 2010

Jangan HINA NEGARA KU..

Lihatlah Wahai Anak BangsaKu..adakah Negara Kita ini amat zalim,kalau kita cakap kasar sikit..dia orang kata kita resis,,tapi kalau dia orang boleh.. apa lagi mereka mahu...Kalau mereka tidak mehu di hapuskan dari bumi Tanah Melayu ini..apatah lagi kita..pasti tidak mahu. Berapa kali lagi Lagu NegaraKu akan di Hina..dulu ada cina dari Muar hina Lagu NegaraKu..cuma di beri AMARAN..apabila ada India menghina NegaraKu..apa pulak kita nak Beri...AMARAN atau DIAM Samy Vell pun tak cakap apa..(Agaknya Setuju) Bersatulah kita semua, sedarlah..akan nasibMu..berhati-hatilah dari sekarang.B

Siapa memusuhi Melayu..UMNO

Apa bezanya Middle Malaysia dan Malaysian Malaysia. Yang jelas Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebenarnya meneruskan warisan peninggalan PAP ‘Malaysian, Malaysia’ yang begitu taat dijana dan teruskan oleh bapa beliau Lim Kit Siang, yang menjadi Setiausaha Agung DAP lebih dari 30 tahun.Ini sebenarnya adalah agenda untuk meraih sokongan padu masyarakat Cina Malaysia untuk secara racis mengorak agenda untuk satu hari menjadi ‘kuasa’ dan menubuhkan Pemerintahan* dalam Malaysia. Sebuah Parti Racist yang tidak Gemarkan Melayu dan lebih kepada Komunis. Perhatikan siapakah yang sering bidas dan perbodohkan.Tindak-tanduk DAP menyerang secara konsisten agensi awam di bawah kepimpinan Melayu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), institusi perundangan Islam dan banyak lagi, menyerlahkan lagi belang parti itu yang memang benci pada melayu seperti bencinya Komunis dengan orang Melayu. Mereka tidak provokasi MCA MIC dan yang lain-lain, tapi mengapa sentiasa Melayu dan UMNO. Middle= Pertengahan, siapa pertengahan,
Ingatlah wahai anak anakKu sakalian..bahawa kamu Melayu amat dibenci oleh Cina dan India yang kononnya kita menindas mereka. Hakikatnya kalau di tindas mengapa mereka boleh kaya?....lihat kaunter imigresion..siapa yang berlumba-lumba membuat PASPORT ANTARABANGSA....siapa yang terlebih dahulu akan meninggalkan Tanah Melayu ini...siapa yang sebenarnya tidak SETIA pada Tanah Melayu ini...

Lupa SEJARAH...Kaum Cina tidak terabai


Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim” Sebenarnya jika kita perhatikan kaum yang paling kaya di negara ini adalah orang Cina. Jadi kalau mereka mahu menolong kaum sendiri ia bukan lagi satu masalah. Malah kita sedia maklum di negara ini terdapat tiga parti utama yang memperjuangkan kaum masing-masing. Jadi bila ada kaum yang tidak berpuas hati bermakna ada masalah dalam parti itu. Namun kita tidak boleh salahkan pihak pemerintah kerana belum berlaku pemerintah mengabaikan mana-mana kaum di negara ini. Memang ada keutamaan yang diberikan kepada orang Melayu tetapi tidak bermaksud kaum-kaum lain diabaikan. Dari segi pembahagian kekayaan tidak banyak yang diperoleh orang Melayu.
MCA yang sepatutnya memainkan peranan membantu orang Cina. Parti ini bukan miskin. Tetapi masalahnya semua bergantung kepada pemerintah dan parti itu sendiri gagal memainkan peranan dalam membantu masyarakat Cina.

Jika mereka tidak memainkan peranan seperti yang sepatutnya dan asyik mengharapkan kerajaan membantu, ini akan menyukarkan keadaan. Ssemua parti komponen haruslah memainkan peranan masing-masing supaya perpecahan yang berlaku sekarang ini dapat dipulihkan. Perpecahan ini sangat menakutkan dan jika tindakan pantas tidak dilakukan ia akan memudaratkan semua pihak. Saya sebenarnya tidak faham kenapa perpecahan berlaku walaupun kita telah mendapat kemerdekaan lebih setengah abad.

Namun bagi saya semua ini kerana kegagalan sistem pendidikan kita. Apa hasil yang kita peroleh akibat dari terlalu mementingkan sains dan matematik tetapi kita terlupa tentang pentingnya SEJARAH.

Mereka hanya pandai mempergunakan keadaan yang wujud sekarang untuk mendapat keuntungan peribadi. Dari segi politik masyarakat kita jelas masih belum matang dan mudah dihasut. Apa yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969 itu adalah kerana hasutan. Begitulah bahayanya hasutan oleh sesetengah ahli politik jika tidak dikawal boleh merosakkan negara.”

Wahai rakan dan anak bangsaKu...janganlah kita mudah sasau bila Undi Cina tidak memihak pada UMNO atau BN. Jangan mudah berkata itu silap KITA.. Bahawa sesungguhnya tidak sekali, bukan Isu Arak dan Judi namun sikap dan semangat.”.KEKITAAN” dan peranan MCA Gerakan, PPP. MIC yang tidak membantu tentang semangat PATRIOTIK Sayangkan Malaysia. Bukan kerana UMNO...Syabas Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim atas penjelasan tersebut, berapa ramaikah di Tanah Melayu ini orang yang bersikap seperti itu?..