Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 22 August 2011

PERKONGSIAN BIJAK TNB & JPMM DUN SEMARANG

Ayer Hitam DunSemarang 22.8.2011 PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK TNB & JPMM DUN SEMARANG.
YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Semarang, Pengurus Kawasan TNB Batu Pahat dan Pasukan Sukarelawan DUN Semarang merakamkan gambar selepas upacara rasmi memasukkan bekalan elektrik ke rumah warga emas ( Pn Norasiah Sarmawi 95 tahun ) di Kg Parit Amil Mk 7 Batu Pahat. ADUN Semarang bersama TNB Batu Pahat telah membuat perkongsian bijak untuk membantu dengan membaik pulih rumah beliau, memasukkan bekalan elektrik dan bekalan air serta akan menyediakan bilik air yang lebih baik dan selesa.Puan Norsiah Sarmawi tinggal seorang diri lantaran lebih selesa bersendirian walaupun anak-anak beliau bersedia untuk tinggal bersama.Pada masa yang sama TNB Batu Pahat juga menyampaikan cek bantuan sebanyak RM 500.00 kepada dua buah surau di sekitar kampung Parit Amil iaitu Surau Kg Parit Amil Laut dan Surau Kg Parit Hj Dahlan Mk 7.
(Terima kasih, Sumber berita dan foto S/U Halid Saat) ByM69

0 comments: