Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 22 August 2011

Anak yatim diraikan...


Seramai 234 orang anak-anak yatim dalam Parlimen Ayer Hitam di raikan sempana bulan Ramadan dan menjelang hari raya tahun ini. Majlis di adakan di Kg Parit Hamid Mk 8 di hadiri oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ( ADUN Semarang ) dan YB Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong ( Timbalan Menteri Pelajaran / Ahli Parlimen Ayer Hitam ) serta para guru dan murid-murid ( anak yatim ) dari 25 buah sekolah rendah di Parlimen Ayer Hitam. Semua anak yatim menerima sumbangan wang tunai, bag sekolah, kurma serta berbuka puasa bersama-sama wakil-wakil rakyat. Majlis ini dikelolakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam turut dihadiri oleh Hj Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua Bahagian, Pn Hajah Rahemah Idris Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sdr Mohd Fadil Muskon Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam(Terima kasih, Sumber berita dan foto S/U Halid Saat) ByM69

0 comments: