Petikana dari Dunsemarang "Ke Mana undi MEREKA? kalau JUJUR buktikan"....
Kini HARAPAN kami di akar umbi UMNO Ayer Hitam...adakah MCA di bawah Pimpinan Parlimen AYER Hitam...dapat menambah peratus UNDI CINA dalam piliharaya Dun Tenang..berdasarkan rekod di atas..atau sekadar bergantung harap kepada undi Melayu Felda dan Kampong sahaja. Kini kami ingin YB YB Dari MCA dan Parlimen Ayer Hitam sebagai jiran Parlimen Labis, membuktikan kepada kami bahawa peningkatan peratus undi Cina akan bertambah selapas piliharaya kecil Dun Tenang nanti. Bukan setakat manis di bibir sahaja dan memberi ruang dan peluang kepada DAP dan PKR bermaharaja LELA di Dun Tenang.
Wahai AnakBangsaKU..marilah kita ambil iktibar dari Nukilan blog berikut http://theunspinners.blogspot.com/2011/01/tenang-mca-sedang-buat-filem-hotel.html
****Sudah lima malam saya mengunjungi bilik operasi DAP dan sudah tiga minggu saya melintasi hadapan pejabat MCA Labis. Bermula pada 21 haribulan sehingga ke malam tadi, ternyata semakin hari semakin ramai yang datang mendengar ceramah di tepi jalan itu.
Sebaliknya dari hari pertama saya melintasi di hadapan pejabat MCA sehinggalah ke malam tadi, ianya seolah-olah tiada apa-apa aktiviti langsung melainkan pada hari penamaan calon. Itupun kerana penyokong-penyokong Barisan Nasional berkumpul di situ untuk berarak ke pusat penamaan calon.
Mendengar ucapan Mahfuz dan melihat respons masyarakat cina, saya bertanya kepada diri saya, mengapa tidak UMNO tinggalkan sahaja Barisan Nasional dan sertai Pakatan Rakyat? Bukan saya mengharapkan ia berlaku. Tetapi sekadar bertanya kepada diri saya.
Saya merasakan MCA, GERAKAN dan MIC sudah menjadi bebanan yang tidak terpikul oleh UMNO. Pelbagai tuntutan yang dibuat oleh MCA, GERAKAN dan MIC terpaksa UMNO tunaikan tetapi apakah sumbangan mereka semula kepada Barisan Nasional?
Lalu apabila Calon PAS Normala Sudirman mengambil alih pentas DAP daripada Mahfuz, saya merasakan apa yang saya lihat, seolah tidak mungkin dapat saya lihat lagi di dalam Barisan Nasional.
Para hadirin yang hadir begitu menyayangi calon PAS itu dan sebaik selesai memberi pidato ringkas, begitu ramai yang ingin mengambil kesempatan bergambar, berpelukan dan bersalaman dengannya.
Mampukah MCA membuat masyarakat Cina sayangkan calon UMNO sebagaimana DAP membuat penyokongnya menyayangi Cikgu Mala?....
“MCA apa lan c**… dia tahu kasi duit saja… tapi dia curi lagi banyak duit… itu olang kasi jahanam ini negeri” kata-kata yang memeranjatkan itu terhambur daripada mulut seorang lelaki Cina yang berbual dengan saya sebaik sahaja YB Lim Kit Siang selesai ceramahnya di hadapan Bilik Operasi DAP DUN Tenang.
“Kita semua satu hati, Melayu, Cina, India…. tapi itu MCA… mana tahu ini semua….” kata lelaki yang berusia lewat lima puluhan itu.
“Kalau kasi itu MCA… kita jadi lagi miskin… sikalang kita sudah susah, lima puluh lebih tahun, apa dia ada bikin kasi tolong kita?” tambahnya.
Setiap hari juga saya lalu di hadapan Ibu Pejabat MCA Labis dan setiap hari juga saya tertanya-tanya, adakah MCA sedar ada pilihanraya kecil di Labis ini?...
Itu adalah petikan dan pandangan mereka...kita ambilah iktibar WAHAI ANAK Felda Tenang...Dan ANAK ANAK Tenang. Jangan gelorakan TENANG dengan sikap mu..seperti Anak=ANAK..bersatulah kita di bawahb payung UMNO dan Felda. Jasa pejuang Bangsa Melayu tidak terbalas oleh kita...BERSATULAH...ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
0 comments:
Post a Comment