Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday 20 July 2009

Back To School..MALAYAN UNION and MALAY by M


Dato' Onn Jaafar was born in 1895 at Bukit Gambir, Johor Bahru. His father Dato? Jaafar Haji Muhammad (1838 - 1919) was the first Menteri Besar of Johor while his mother, Hanim Rogayah was from Scarcia, Turkey.

Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapanya Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838 – 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama sementara ibunya pula, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki. Sultan Johor pada ketika itu, iaitu Sultan Ibrahim telah menghantar dan membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Sekembalinya ke tanahair, beliau telah dihantar pula oleh bapanya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu. Sejurus kemudian, beliau mula terlibat dalam bidang politik dan perjuangan bangsa Melayu. Antara penglibatan beliau adalah ketika memegang jawatan sebagai pengarang Warta Ahad dan juga semasa menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, di mana beliau telah membuat dua sumbangan yang besar kepada rakyat Johor, iaitu, menubuhkan Biasiswa Sultan Ibrahim dan memberi tiket penerbangan percuma kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor yang beragama Islam untuk mengerjakan haji.


Pada tahun 1946, British telah menubuhkan Kesatuan Malaya tetapi telah ditentang hebat oleh bangsa Melayu kerana ia merampas kuasa pemerintahan Sultan dan hak istimewa orang Melayu. Dato’ Onn telah bertindak dengan mengadakan Kongres Melayu Sa-Malaya bagi meyatukan orang Melayu untuk menentang Kesatuan Malaya. Wakil-wakil dari 41 Persatuan Melayu telah menghadiri Kongres tersebut yang diadakan dari 1 hingga 3 haribulan Mac tahun 1946. Diantara keputusan yang telah dicapai di dalam Kongres tersebut ialah memulaukan Kesatuan Malaya, berkabung selama tujuh hari dan memakai lilitan putih pada songkok oleh setiap ahli. Kemudian, pada 4 haribulan Mac tahun 1946, Dato’ Onn telah menubuhkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organization) untuk menyatukan bangsa Melayu dalam menentang Kesatuan Malaya secara habis-habisan.


Beliau telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. Sejurus kemudian, beliau telah membuat satu cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada bangsa Malaya yang lain bagi menyelesaikan isu perkauman di dalam politik. Walau bagaimanapun, cadangan beliau telah dibangkang keras oleh orang Melayu dan justeru itu, Dato’ Onn bersara sebagai Presiden pada tahun 1951. Selain daripada mengasaskan UMNO, beliau juga bertanggungjawab dalam meningkatkan taraf kebajikan sosio ekonomi bangsa Melayu dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA). Walaupun gagal di dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 untuk menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama, beliau telah memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah dengan membuka jalan untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tahun 1957. Dato’ Onn meninggal dunia pada tahun 1962 ketika berusia 67 tahun.

0 comments: