Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Wednesday 14 September 2011

Pesta Tanglung Taman Mekar DunSemarang.

Ayer Hitam 10 Sept 2011 – Kira-kira lima ratus orang penduduk Taman Mekar telah keluar beramai-ramai untuk meraikan tiga perayaan serentak iaitu perayaan menyambut Kemerdekaan ke 54 ,sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432,dan sambutan Pesta Tanglung. Pelbagai pengisian telah di adakan iaitu persembahan tarian naga, membaca sajak, tarian traditional, jamuan mesra, persembahan bunga api, ucapan pemimpin dan yang paling meriah ialah perarakan serta melepaskan tanglung ke udara. Sementara itu Adik Munawarah Abd Majid memukau para hadirin apabila beliau membaca sajak dalam bahasa mandarin yang bermaksud kepentingan menjaga alam sekitar.

Sambutan yang dianjurkan oleh KRT Taman Mekar Ayer Hitam bertambah meriah dengan kehadiran YB Datuk Haji Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam( ADUN Semarang ) untuk bersama-sama dengan penduduk membakar dan melepaskan tanglung-tanglung ke udara. Dalam ucapannya beliau sangat terharu dengan permuafakatan semua kaum di Taman Mekar kerana mampu mengujudkan suasana yang sangat harmoni. Beliau juga menganjurkan supaya semua penduduk memelihara nikmat yang dirasai selama ini dengan meningkatkan persaudaraan dan suburkan budaya tolong menolong sesama jiran.
Turut hadir si sambutan tersebut ialah Sdr. Abdull Halid Saat Setiausaha UMNO Bahagian, Hj Abd Rashid Abd Hamid Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian, Sdr. Fauzani Salubin Setiausaha Kerja UMNO Bahagian dan Sdr Supian Mohd Juhari AJK Pemuda Bahagian.(Sumber S/U UBAH Halid Saat)

0 comments: