Pada 15 Januari 2010, Malaysia akan menikmati satu lagi fenomena yang jarang berlaku iaitu gerhana matahari..
Kali ini Malaysia akan menikmati gerhana matahari separa, dimana matahari akan ditutup oleh bulan sebanyak 43% sahaja.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari.. ini membuatkan kawasan bumi yang mengalami siang akan mengalami gerhana kerana bulan telah menghalang atau melintasi depan matahari, sesetengah kawasan akan mengalami gerhana separa dan sesetengah lagi akan mengalami gerhana penuh..
Gerhana kali ini akan berlaku pada hari jumaat kira-kira jam 3 petang hingga 5.37 petang. Gerhana kali ini digelar sebagai "Annular" atau "gerhana cincin"...Hal ini kerana bulan lebih kecil sedikit berbanding matahari, apabila bulan melintasi depan matahari secara fasa annularity, matahari akan membentuk seolah-olah sebentuk cincin.
Kita berdoa agar kita semua akan sentiasa dirahmati ALLAH. Marilah kita sembahyang Sunat/Solat Gerhana Matahari : iaitu solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana matahari. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penuh, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.Waktu melakukan solat gerhana matahari ialah apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga matahari nampak sempurna kembali.
Cara melakukannya
Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.
Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.
Dengan demikian, solat gerhana matahari itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.
Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana matahari tidak dinyaringkan, ini brbeza dengan solat gerhana bulan dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang. AMIN ByM69.
MARI SYAHADAH
KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka.
MARI MENGUCAP. ByM69
Thursday, 14 January 2010
Kaedah Sembahyang Sunat Gerhana Matahari SEPARA..
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, January 14, 2010
0
comments
Labels: Agama
Saturday, 9 January 2010
UMNO JUARA RAKYAT.

"20 Tahun, Pandang-pandang HIDUP (Pandangan Hidup).
40 Tahun, Pegangan HIDUP.
60 Tahun Perjuangan HIDUP.
70 Tahun, Kenangan HIDUP".
Jadikanlah UMNO ini sentiasa MUDA.
DSN.09.01.2010 11.50am. ByM69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, January 09, 2010
1 comments
Labels: Ucapan
HUBAYA-Hubaya jangan TUDUH Melayu, ISLAM dan UMNO....

Aku ingin memberi peringatan kepada semua pencetus HURU HARA di Tanah Melayu ini. Jangan menuduh melulu tentang Insiden Gereja Terbakar dan menuding jari pada arah MELAYU atau ISLAM atau UMNO. Arah hala mesti dituju dahulu pada pencetus dan pencabar utama Kalimah ALLAH. Kemungkinan BESAR ada di antara penduduk Tanah Melayu yang tidak berterima Kasih tinggal di sini mengambil kesempatan atas KELOMPANGAN/LOPEHOLE untuk menangguk di air yang telah di keruhkan untuk kepentingan tersendiri. Jika ini berlaku nampaknya agenda untuk menghapuskan Melayu, UMNO dan Islam akan berjaya. Jangan lupa diwaktu kekecohan ini yang sentiasa kecoh..kecoh..kecoh..ini cHIN pING akan kembali dan berkuasa. DAHULU semasa UMNO memerintah selangor...AMAN tapi lihat sekarang..banyak onak dan onarnya. Jangan samapai mencucuk mata dan jadi PUTIH. RUJUK injin JET, siapa orang yang ditangkap, siapa Pembeli dan Taukew utamanya.(KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007) Semua tuduh Melayu dan Islam...tapi uh!Siapa Sarjana ITU dan Siapa Pulak orang Awam itu rujuk COLOR kita akan tahu nama dan BinNYA.. Jadikan lah seperti SingaPURA..tidak mudah percaya pada rakyatnya yang bukan seCOLOR denganNYA. BYm69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, January 09, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Friday, 8 January 2010
BERSATU Membela Gereja.......
Pencerobohan Masjid Babri dan Pemusnahannya.....
"Setelah lama melihat politik pertentangan, kita dapat melihat sekurang-kurang kesemua pemimpin politik setuju dalam hal ini: Perbuatan membakar gereja di Kuala Lumpur adalah satu perbuatan bodoh. Saya berharap ia bukanlah perbuatan orang Islam kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan hal sedemikian".
"Apa pun kita tunggulah siasatan polis dan memandangkan perbuatan ini bukan saja mencemarkan nama negara tetapi juga Islam itu sendiri (akibat perbuatan orang Islam yang menuding jari kepada sesama sendiri), maka saya berharap polis dapat merungkai persoalan ini dengan segera".
Adakah ini satu amalan penjajah, PECAH DAN PERINTAH.
Indahnya Alam Malaysia(Tanah Melayu) ini. Bila nama Allah dan Islam ingin di PROVOKasi, bermacam perpecahan berlaku, tiada suara bersatu. Mereka dari kelompok BN pun sunyi sepi dan amat TAKUT untuk bersuara untuk sesama membantu rakan dalam BN. Tiada siapa sudi membantu dan malahan beberapa kecaman dilemparkan. TETAPI anehnya bila gereja tERbakar "kesemua pemimpin politik setuju dalam hal ini: Perbuatan membakar gereja di Kuala Lumpur adalah satu perbuatan bodoh". Boleh pula bersatu? Jelaslah sudah, kalau Islam, Melayu dan UMNO, mereka tidak akan bersatu untuk menunjukan setiakawan, malahan kita pula yang perlu bertoleransi dan berlembut, menyembah dan membuat perundingan. Sampai bila perkara seperti ini akan terus berlanjutan. Biarlah MELAYU BERSATU untuk anak cucu kita. Kasihanilah mereka.
By69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Friday, January 08, 2010
1 comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Thursday, 7 January 2010
Mengapa ALLAH?

Kita semua sedia maklum bahawa Allah SWT, mempunyai 99 nama lain (Rujuk Asmaul Husna)."Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." Surah Al-A'raf, ayat 180.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." Surah Ar-Ra'd, ayat 28.
Demikianlah...kalau benar ikhlas, mengapa guna kan nama ALLAH..kenapa tidak pilih yang lain. Ikhlaskah, jujurkah, setiakah. Kami juga ada perasaan dan emosi yang perlu sama dijagai. Janganlah sentiasa ugut untuk membawa kami ke Mahkamah..kami juga ada mahkamah lebih hebat lagi. Jangan anggap lembut kami ini TAKUT, LEMAH, LAYU. Berpada-padalah...ALLAHUAKHBAR. By M69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Thursday, January 07, 2010
0
comments
Labels: Agama
Wednesday, 6 January 2010
Lupa SEJARAH. Tawarikh. Tarikh..

Cuba perhatikan diwaktu ini, siapakah jenis orangnya yang tidak suka belajar Sejarah. Saya cadangkan agar pihak-pihak yang selalu LUPA SEJARAH, pihak yang berkaitan Pendidikan, NGO yang sering mempertikaikan Hak KeTuanan Melayu, Yang mencadang, menyokong Kepulangan Komunis, pergi ke Sekolah-sekolah dan buat statistik berapa ramai pelajar yang tidak hadir dalam peperiksaan SPM untuk matapelajaran SEJARAH, kelompok kan mengikut RAS. Buat Conclusion dan penambahbaikan. Justru genarasi yang akan datang tidak lupa SEJARAH, saling HORMAT dan Menghormati hak orang lain dan sedar tentang diri dan berterima kasih Tinggal di Bumi Tanah Melayu ini. Malukah belajar sejarah atau Sejarah Tanah Melayu tidak menguntungkan dan tiada nilai komersial atau sengaja tidak mahu, takut memalukan diri sendiri dan cuba untuk mengubah fakta sejarah. Turun padanglah perhatikan para pelajar yang tidak sudi hadir pepriksaan SPM untuk matapelajaran sejarah. Siapa orangnya, jangan bila menguntungkan dan ada untung, baru sebut SATU MALAYSIA, bila sudah senang GOOD BY MALAYSIA. Lihatlah SEJARAH, kalau tak mahu mengingat sejarah kenapa ada orang tuntut Pulau Batu Putih..Wahai anak bangsaKu..bangkitlah, cukup hanya Pulau Batu Putih dan jangan sampai mata kita PUTIH!. Jangan hanya ingat Sejarah Pejuangan Chin Ping, ingatlah Sejarah Bukit Kepong,,siapa yang mati, siapa yang rentung dan siapa untung mendapat tanah di Kampung-kampung Baru...Catatan ikhlas M69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Wednesday, January 06, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Sengaja TIDAK Faham...atau Mencabar Kami?..

Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.
Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.
Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.
Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.
Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.
Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.
Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.
Bagi saya secara rasionalnya Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.
Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.
Persoalannya sekarang, kenapa Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama tersebut?
Apa kehendak dan AgendaNYA..Pastinya ada TENTATIF PROGRAM yang terselindung. JANGAN JUAL INJIN JET!.............(Bahan rujukan dan sumber http://ipohmalay.blogspot.com/) Bym69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Wednesday, January 06, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Tuesday, 5 January 2010
Kalimah "ALLAH", Liaht SIAPA SebenarNya meREKA?
Hakim Lau Bee Lan
Pakiam
Lihat Siapa Mereka....
Rupa-rupanya ramai bangsa kita (Melayu) yang tidak tahu akan isu ini, dan tak faham kesan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Mereka tidak membaca berita, tidak mendengar berita atau menonton berita tv,tak ambil tahu. Ini lah masalah anak-anak Melayu hari ini yang hanya tahu senang, bergembira, sms sana sini, joli sana sini tapi tak ambil tahu masalah negara. Yang Dewasa dengan mudah dan selamba..menuding jari Pada UMNO dan itu bukan salah mereka, itu kesilapan dan kelemahan UMNO. Adakah di LUar UMNO itu sentiasa betul, jujur. ikhlas....????
Lihatlah sebenarnya siapa disebalik ISUE ini. Telitilah dan insaflah wahai anak-anak bangsa dan Agama IslamKU.
Jika kita LIHAT Dalam majlis peguam pun Melayu tidak ramai dalam Jawatankuasanya. Jika ada Melayu pun mereka tiada suara dan tidak berupaya lansung membela kes-kes yang bersabit dengan syiar Islam.Ramai dalam AJK majlis tersebut adalah orang kuat dalam PKR dan lain-lain parti pembangkang.
Perlembagaan persekutuan juga dilihat ada lopehole dan kaum lain mengkaji setiap baris yang ada dan lompang yang ada akan diisi dengan agenda mereka. Ke Mana pergi kita Melayu pada 2020 adakah kita kita hanya akan dapat kedua-duanya kosong. Politik. Ekonomi. Agama..adakah semua kosong...LOPEHOLE.....
LIHATLAH siapa mereka..siapa mereka..siapa mereka. BYm69.
Comment 01.
"Apabila kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu...maka kita akan terus bangga dgn apa yg kita tahu walau pun ianya salah... " DSBJ 5.01.2010
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Tuesday, January 05, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Monday, 4 January 2010
Bunyie LOCENG..
Loceng telah berbunyie...bagaiman bunyie Nya... kli*# Kli*#..Kli*#Kl*#* ..Kl*#***...jangan lah kita leka mendengar bunyinya. Semuanya bunyieNya tidak memihak kepada kita Orang Melayu Dan Orang Islam.
Lihat siapa pembawa loceng..bergitulah bunyieNya. Jika kedengaran Loceng..itu bukan loceng ICE CREAM..tapi loceng menyeru mambang dan segala kuncu-kuncu mambang untuk menumbangkan KITA. ByM69.
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Monday, January 04, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
REGU JAJAI BERI TENTANGAN HEBAT
Aksi Regu JAJAI....Lipat maut.
Pt Hj Siraj 3 Jan 2010 – Pertandingan GP sepak takraw di kampung Parit Siraj menjadi meriah apabila regu sepak takraw junior memberi tentangan hebat kepada regu senior yang jauh lebih matang dan berpengalaman. Pasangan Mohd jajai ( tekong ) Mohd Razi ( feeder ) dan Mohd Nik ( killer ) meraih tempat naib juara di pertandingan sirkit ketiga GP sepak takraw yang di anjurkan oleh Kelab Sepak Takraw Ayer Hitam bersama Pemuda UMNO Cawangan Pt. Hj Siraj. Walau pun tewas kepada regu senior Haziq, Din dan Johar, regu Jajai telah memaparkan skill yang menarik dan penuh bergaya. Sementara itu regu veteran juga mampu mencuit hati para peminat sepak takraw bila mampu melangkah ke separuh akhir dan menyandang tempat ke empat. Regu Abang Zali, Baharudin dan Jalal sepan dilihat masih bertenaga dan mampu meneruskan perjuangan menyemarakkan sukan sepak takraw di kawasan Ayer Hitam. Pertandingan ditutup dengan upacara penyampaian hadiah-hadiah oleh Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam bersama Ketua UMNO Cawangan dan Ketua kampung.(Sumber oleh sub_halid)ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Monday, January 04, 2010
0
comments
Labels: Sukan
Sunday, 3 January 2010

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T.
Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Sunday, January 03, 2010
0
comments
Labels: Patriotik
Saturday, 2 January 2010
ALLAH Peliharakan SULTAN

Allah peliharakan Sultan.
Anugerahkan dia segala kehormatan.
sihat dan ria
kekal dan makmur
.....
Lagu Bangsa JOHOR
Risik dan perhatikan wahai rakan taulanKu, apabila lagu ini dinyanyikan di satu perhimpunan dan tediri dari pelbagai etnik dan kepercayaan. Perhatikan pada permulaan sebutan..ramai (JUGA) yang tidak sudi menyebutnya kerana sebutannya mungkin ALLAH dan ada unsur Islam dan tidak bergitu selesa dan tidak SUKA. Tetapi selepas ISUE ******* mungkin ramai yang akan menyebutnya dengan lebih KUAT dengan pelbagai tafsiran dan agenda tersendiri. Semuga ianya tidak mempersendakan agama islam yang suci dan nama ALLAH S.W.T. Biarlah kita semua selamat di dunia dan akhirat dan tidak CELAKO?.....
DAULAT TUAN KU.
By M69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, January 02, 2010
0
comments
Labels: Patriotik
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH SWT.

Apakah?..kata mereka jika Kalimah ALLAH diserapkan namaNya dan mesti d gunakan kepada Tuhan Hindu, Buddha dan lainnya dan dicadangkan oleh orang MELAYU, UMNO. atau lainnya. Anda boleh fikir dengan waras..sudahg pasti kita semua akan di heret ke Mahkamah dan mendapat tentangan yang hebat, tetapi apabila Nama ALLAH ini di utarakan oleh orang lain bukan kelompok MElayu UMNO...???????????....
Apa kata kalau RUKUN NEGARA di ubah seperti yang di cadangkan dalam berita TV3, saya ingin juga lihat apakah respon mereka. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH SWT..
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, January 02, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
Don't?

"Semua tentang keistimewaan kaum Melayu mereka bangkitkan dan sekarang semua tentang agama Islam sebagai agama rasmi kita pun mereka bangkitkan mereka ini sudah bermain api dari itu bersatu dan bertindak dengan sebijak mungkin wahai Melayu Islam"
Lihatlah..apa kata mEREKA. Adakah kita Melayu UMNO Islam di pihak yang sentisa dipersalahkan....
Blog ini berkata"15. Insyaallah , bagi pihak Pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masaalah secara hujjah , tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan antara agama . Kita juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan UMNO dan BN yang selama ini terlalu banyak mendiamkan diri dalam kes - kes yang mempersendakan Islam dan ummatnya"http://episodeperjuangan.blogspot.com/.
AKU kasihan dengan penulis BLOG ini, Kalau salah tunjukkan kebenaran dan "berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masaalah secara hujjah , tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan antara agama" tapi kenapa lain bunyinya bila dengan Bangsa seagama dan serumpun. Mengapa bergitu hormat pada orang lain dan sanggup berdialog tapi mengapa benci sangat pada UMNO dan Melayu yang beragama Islam. Dan sentiasa dalam persimpangan yang SALAH. Apakah selama ini ini UMNO dan Melayu sentiasa Salah..
Wahai anak BangsaKu bersatulah kita agar kita tidak terus dipersendakan. ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, January 02, 2010
0
comments
Labels: Maruah Melayu/UMNO
138 PELAJAR CEMERLANG UPSR DIRAIKAN. UMNO Bhg Ayer Hitam
SK SERI DANDAN PENCAPAIAN TERBAIK UPSR2009
SK SABAK UNI
SK YONG PENG
SJKC.
Ayer Hitam 1 JAN 2010 – UMNO Bahagian Ayer Hitam dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Batu Pahat memberikan pengiktirafan kepada 138 pelajar cemerlang apabila mereka diraikan dalam satu majlis penganugerahan pelajar cemerlang UPSR yang diadakan pada 28 Disember 2009 yang lalu bertempat di dewan UMNO Bahagian Ayer Hitam. Kesemua mereka mencapai keputusan 5A yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan, SJK ( Cina ) dan SJK ( Tamil ). Penyampain anugerah ini di sempurnakan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam yang juga ADUN Kawasan Semarang. Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang juga menjadi lambang kepada kejayaan sekolah dan ibu bapa. Dimajlis tersebut di umumkan sekolah terbaik dalam Bahagian Ayer Hitam iaitu SK Seri Bandan dan mendapat peruntukan RM 2500.00 dari Yang Berhormat untuk keselesaan bilik guru. Majlis yang ringkas tapi bermakna ini di hadiri juga wakil Rasmi dari PPD ( Encik Azman ), guru-guru besar, pemimpin PIBG, ibu bapa serta pemimpin masyarakat.(Sumber oleh sub_halid)ByM69
Posted by
Oleh Ajey Suggeh.
at
Saturday, January 02, 2010
0
comments
Labels: Pendidikan





















