Kembara Mahkota.
Ketibaan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR dan rombongan Kembara Mahkota.
Padi mneguning di Sawah sagil Kg Cahaya Baru menanti ketibaan Tuanku.
Datuk Samsolbari bin Jamali. Dun Semarang bersama warga Emas Sawah Sagil..setia menanti ketibaan DYMM Tuanku.
Warga Emas ini tetap setia bersama Bendera Johor..
Pasukan Zapin SMK Datuk menteri sedia untuk membuat persembahan ke bawah DYMM Tuanku.
Puteri UMNO tetap siap sedia berbakti..
8.8.2010 Sawah Sagil Ayer Hitam. Kami warga dan rakyat Dun Semarang,merafak sembah mengucapkan ribuan terima kasih ke bawah DYYM Sultan Johor dan kerabat yang telah sudi hadir ke Sawah Sagil Kg Cahaya Baru. Semuga kehadiran Tuanku akan terus membawa sinar kepada kami rakyat jelata dan khususnya kami di DunSemarang. Daulat Tuanku.ByM69
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)
2 years ago
1 comments:
Aku menanti ketibaan D.Y.M.M Tuanku sejak pukul 2:00 petang lagi. Kelihatan pasukan Polis Traffic sebuk membuat arahan supaya kenderaan yang di letak pada laluan rombongan Kembara Mahkota di alih. Pengumuman juga di buat dari Khemah di raja di Dataran Segamat. Tidak cukup dengan itu, hebahan juga dibuat Jakel Trading bagi mengambil alih pengumuman di Jalan Haji dan melaporkan kedudukan ahli rombongan. Kelihatan 2 helikopter berlegar di udara. Salah satu darinya dari Media Prima yang membuat pengambaran dan liputan sempena kembara tersebut untuk program Majallah 3. Aku cukup kagum.
Penantian berakhir hingga pukul 4:00 petang apabila rombangan berarak dari Station Keretapi Segamat memasuki Jalan Haji, Segamat. Rakyat mula berpusu-pusu di tepi jalan dan kemudian berkejar kelaluan masuk dataran. Air mata aku mula menitis. Masih ramai lagi rakyat yang menerima raja berpelembagaan dan menunjokkan kasih sayang kepada D.Y.M.M Tuanku sekeluarga.
D.Y.M.M Tuanku bersalaman dengan rakyat. Ada yang kecewa kerana D.Y.M.M Sultan mengubah laluan ke khemah-khemah hasil pertanian, demo buat dodol, Jabatan orang asli dengan persembahan tarian, Khemah MCA dan lain-lain jabatan kerajaan, swasta dan NGO.
Aku berjaya memintas laluan Tuanku dan berdiri menanti di salah satu kemah menanti ketibaan Tuanku.
Sebaik sahaja D.Y.M.M Tuanku sampai di hadapan aku, aku laungkan "Daulat Tuanku". Tuanku berdiri mendengarnya dan memerhatikan muka aku. Baginda mengaminkan launganku.Tuanku Sultan bersalaman dengan aku. Sekali lagi airmata menitis. Tidak terfikir yang Tuanku akan mengamin laungan aku.
Rakyat terus berpusu-pusu bersalaman dengan Tuanku dan ada yang mengambil gambar mengunakan digital camera atau handphone. Kemudian Tuanku bertitah; "Jangan tolak-tolak, saya akan salam semua". Berbagai bangsa turut bersama untuk bersalaman dengan Tuanku. Tapi aku tidak jelas adakah kerana dia mencintai sultan yang kami kasihi atau sekadar anak-anak mereka mengambil bahagian di dalam persembahan meraikan rombongan Di Raja.
Sebaik Tuanku tiba di Khemah Di Raja, majlis di mulakan dengan ucapan alua-aluan dan terima kasih dari Tn Pegawai Daerah diatas mencemar D.Y.M.M Tuanku.
Aku terus menanti untuk majlis seterusnya. Persembahan seni pelbagai kaum dari anak-anak pelbagai bangsa diikuti sukan rakyat yang melibatkan isteri Tuanku, Tengku Mahkota dan rombongan Kembara Mahkota.
Tiba-tiba kedengaran pengumuman Tuanku akan meninggalkan majlis. Aku tersentak dan rasa kekosongan sambil memerhati rombangan pergi meninggalkan majlis.
Tuanku, rakyat begitu merindui titah Tuanku. Walaupun sekadar sebaris ayat keramat, "Wahai rakyat Johor, kamu semua hendaklah hidup aman dan damai serta dalam kesejahteraan.".
Ampunkan patik Tuanku.
agbr47:Tuanku, patik akan mempertahankan ke Daulatan Tuanku.
Post a Comment