Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Tuesday 1 December 2009

APA?


Baca dan teliti adakah benar, Jika benar sanggupkah kita berubah, jika salah sanggupkah kita menyanggah?
Tun Mahathir dalam blognya Chedet. http://chedet.co.cc/chedetblog/
By
Dr. Mahathir Mohamad
on November 30, 2009 12:07 PM | Permalink | Comments (146) | TrackBacks (0)

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

Apa Kata Ku:
*****Luahan rasa Bekas Pemimpin Kanan UMNO, adakah ianya merupakan satu rasa kekecewaan terhadap dirinya,semasa di dalam UMNO dahulu, pengalaman yang dilalui dan dirasainya. Saya hargai pendapat beliau tapi, saya mohon janganlah tinggalkan UMNO yang menyayangi Bangsa, perbaiki kelemahan yang ada, sediakan formula baru dan pendapat dan luahan rasa yang diutarakan ada banyak kebenaran dan ramai yang setuju. Oleh itu wahai anak bangsaku, ingatlah genarasi mu akan dating. Kita hanya diperingkat akar Umbi sahaja, Tidak dinafikan bahawa ramai dikalangan Ketua Cawangan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, malah mempunyai pendapatan yang tidak tetap serta boleh dikatakan berada di bawah paras kemiskinan. Apa nak buat, masa mesyuarat mereka ini mendapat undi majoriti. Mereka tidak salah. Saya juga amat bersetuju dengan perubahan syarat pendaftaran keahlian UMNO sekarang.semua yang di atas bermula dari dasarnya.saya sarankan supaya pendedahan media internet kepada ketua-ketua cawangan adalah diwajibkan with immediate effect memandangkan mereka-mereka ini kebanyakkannya tidak mempunyai access maklumat yang lengkap terhadap perkembangan politik negara.Jadi bagaimanakah UMNO akan maju sekiranya mereka-mereka ini dan pastinya ketua-ketua cawangan dan AJK yang dilantik tidak mengekplorasi arus kemajuan media zaman ini untuk berdepan dan berhujah degan pihak pembangkang dalam semua aspek.
Tahniah Tun kerana berterus terang menulis mengenai UMNO ini. Saya anggap diri saya dari kalangan yang berjaya keluar dari kemiskinan dan telah menikmati nikmat kemerdekaan kerana orang Melayu bersatu dibawah UMNO. Diawal negara mencapai kemerdekaan, semuanya miskin kecuali orang Melayu yang bekerja dengan Kerajaan. Kebanyakan yang tinggal dikampong adalah miskin. UMNO telah berjaya membawa perubahan fizikal dan minda orang Melayu melalui dasar membantu orang Melayu sebagai program resmi Kerajaan
Memilih pembangkang untuk melepaskan rasa kecewa tidak akan menyelesaikan masalah, Pemimpinnya licik memutar fakta apa sahaja pun boleh berlaku bila mereka berkuasa.UMNO, Pemimipin dan kita semua harus mencari jalan bagi mengembalikan semula kepercayaan semua terhadap UMNO dan kerajaan dan yang paling penting jaga perasaan rakyat MELAYU, JIKA tidak UMNO akan menjadi sejarah selepas PRU13 nanti.
Sayangi Agama, Sayangilah UMNO, Sayangi Bangsa.Sayangi Negara. BY Ajey M69.

0 comments: