Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Thursday 30 July 2009

IMBAS KEMBALI : KHIDMAT BAKTI SISWA DI PARIT KHASSAN JEGOL By Halid Saat


projek siswa uthm

31 JULAI 2004. SERAMAI LAPAN PULUH ORANG PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN ( SEKARANG UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN ) TELAH BERKUNJUNG KE KG PT. KHASSAN JEGOL AYER HITAM. KESEMUA PELAJAR INI MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG BAGI MENJAYAKAN PROJEK KEMASYRAKATAN. AKTIVITI YANG DIJALANKAN ANTARA LAIN IALAH BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU, MEMBERSIHKAN BAHU JALAN KAMPUNG, MENANAM POKOK KELAPA GADING DI SEPANJANG JALAN, KENDURI KAMPUNG DAN RAMAH MESRA WARGA KAMPUNG. PROJEK INI DIRASMIKAN OLEH YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI KETUA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM / ADUN KAWASAN SEMARANG. KUMPULAN PELAJAR KUITTHO INI DIKETUAI OLEH FELOW KUITTHO IAITU ENCIK NORZA HELMI ( PEGAWAI KANAN PEJABAT BENDAHARI ) DAN ENCIK AHMAD ISMAIL (PENSYARAH KUITTHO ). TURUT HADIR DALAM PROJEK INI IALAH USTAZ NORLIZAN MESRAN PEGAWAI KANAN JABATAN HAL EHWAL KHAS KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA. WALAUPUN PROJEK INI HANYA BERJALAN SEHARI NAMUN IA TELAH MENGHASILKAN JALINAN INTIM ANTARA PIHAK IPTA DENGAN MASYARAKAT. KEHADIRAN IPTA DI DAERAH BATU PAHAT DAPAT DIRASAI DENGAN ADANYA KERJASAMA SEPERTI INI. UNIVERSITI BERTAMU, MASYARAKAT MENDAPAT ILMU.(Sumber S/U UMNO Halid Saat) By M

Wednesday 29 July 2009

Lawatan Menteri Besar Johor Di SK Bukit Kuari.... by Halid Saat




27 Ogos 2007 Jam 10.30 pagi YAB Dato Hj Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor berkunjung ke SK Bukit Kuari Mukim 8 Batu Pahat bagi menyempurnakan majlis penyampaian bantuan / sumbangan Kerajaan Barisan Nasional kepada mangsa banjir di Kawasan Dun Semarang. Ketibaan YAB Dato Menteri Besar disambut dengan meriahnya oleh pelajar-pelajar SK Bukit Kuari. Pada kesempatan ini YAB Dato' Menteri Besar meluangkan masa bermersa dengan para pelajar dan memberikan kata perangsang kepada mereka. Turut hadir menyambut ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Johor ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang, Pegawai Daerah Batu Pahat, Sdr. Mohd Kamal Harun Ketua Kampung Kawasan Semerik dan pemimpin masyarakat di Daerah Batu Pahat.
(Sumber s/u UMNO Halid Saat)byM

KELAB ANSOR

Pasukan Persatuan Imam-Imam Daerah Batu Pahat.



Pada 10 Febuqri 2008
Jam 10. 30 pagi
Bertempat di Perkarangan Masjid Bukit Kuari KELAB ANSOR peringkat Parlimen Ayer Hitam telah dilancarkan oleh YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang / Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam. Sempena pelancaran tersebut satu perhimpunan dan perbarisan di adakan. Peserta yang mengambil bahagian antara lain ialah ahli rakan muda masjid-masjid, ahli jkkk, persatuan belia, pelajar-pelajar sekolah agama, ahli kelab ansor dan ahli-ahli persatuan imam-amam daerah Batu Pahat. Kelab Ansor ini ditubuhkan untuk menyuburkan semangat kesukarelaan dalam masyarakat, mebangkitkan kesedaran keperluan amal jariah, memartabatkan kembali amalan gotong royong dan tolong menolong dan membina semangat kejiaran antara masjid-masjid serta menjaga kepentingan umat Islam sejagat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Zalil baron Pengarah jabatan Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Pendidkan Agama Daerah Batu pahat dan pemimpin masyarakat di Parlimen Ayer Hitam.
(Sumber S/U UMNO Bhg Ayer Hitam. Halid Saat)By M

Sunday 26 July 2009

Sepanjang Jalan Kenangan by Halid Saat



Pada 29 Julai 2006 Jam 10.00 pagi YB DSBJ ADUN Semarang, telah menyempurnakan majlis pecah tanah sempena bermulanya pembinaan balairaya Kg Pt Khassan Jegol. Balairaya ini mendapat peruntukan drpd kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM 50,000.00. pembinaannya dilaksanakan dengan kaedah gotong royong. Majlis pecah tanah ini diadakan sempena minggu Gerak Tumpu Dun semarang yang di adakan pada bulan Julai 2006turut hadir pada majlis ini ialah sdr Mohd Kamal Harun Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Allahyarham Hj Abu bin Maana Naib Ketua Umno Bahagian, sdr Zainal Jalil Ketua UMNO cawangan Pt Khassan Jegol, Puan Kasmirah Tukimin Ahli Majlis Daerah Yong Peng dan pemimpin masyarakat di bahagian ayer hitam. Tapak bangunan balairaya ini didirikan bersebelahan dengan bangunan kelas tabika Kemas Kg Pt Khassan Jegol. Dalam ucapan perasmian, YB DSBJ mengharapkan supaya pembinaan balairaya ini menjadi lambang permuafakatan masyarakat lebih-lebih lagi ia dibina dengan kaedah gotong royong,(Sumber s/u UMNO Halid Saat)by M

Sepanjang Jalan Kenangan by Halid Saat

Majlis dimulakan dengan acara bersiram oleh
YB Datuk Samsol Bari Bin Jamali.
Acara mandi beramai-ramai..
Acara berkhatan.
Tarikh 11 disember 2005
Masa dari jam 8.00 pg hingga 7.00 ptg
Tempat SMK Datuk Menteri Ayer Hitam
Majlis Berkhatan Beramai-ramai
Anjuran
Perg Pemuda UMNO Ayer Hitam.
SMK Datuk Menteri, Hospital Daerah Kluang,
PIBG SMK Datuk Menteri,
Ahli JKKK & Yayasan Pembangunan Keluarga.
penyertaan - 180 orang kanak-kanak
bayaran RM 20.00 sahaja
keutamaan - keluarga yang berpendapan rendah
perasmian oleh - YB Datuk Samsol Bari Bin Jamali Adun Semarang.
setinggi penghargaan dan terima kasih kpd Pihak Pentadbir SMK Datuk Menteri
(Puan Eva Bt Abdullah) , Pengarah Hospital Kluang dan seluruh kakitangannya serta Yayasan Pembangunan Keluarga.
(Sumber s/u UMNO Halid Saat) by M

Persidangan PEMUDA BHG Ayer Hitam.




Persidangan akan diadakan dan semua di jemput hadir.
Di Rasmikan oleh:
Saudara Lukman Nor Adam
EXCO PEMUDA MALAYSIA.
Tarikh: 26 Julai 2009
Masa : 8.00 mlm
Tempat: Dewan Muafakat Semarang.
(Sumber En. Halid Saat S/U UMNO Bhg 10.45am) by M

HUBAYA...Anak Muda Pewaris Bangsa..


SENARIO di Malaysia sekarang. Orang Melayu tidak lagi boleh bersuara dalam mempertahankan kepentingan Melayu. Apabila Melayu bersuara walaupun untuk menyanggah tuntutan dan sikap keterlaluan pihak tertentu bukan Melayu, ia dengan semborono dituduh rasis. Tetapi jika pihak bukan Melayu memperjuangkan kepentingan kaum mereka secara berlebihan sehingga menolak semangat perlembagaan negara dan menafikan hak Melayu, ia tidak dianggap rasis sebaliknya itu dibuat kononnya atas nama kebebasan dan demokrasi.

Itulah juga gelombang reaksi yang diterima setiap kali menyentuh soal sikap perkauman yang ditunjukkan oleh sebahagian pihak bukan Melayu. Dengan kata lain, Melayu yang merupakan kaum teras kini menjadi seperti minoriti sementara bukan Melayu pula bertindak sebagai majoriti.(sumber Awang s Utusan Melayu)
Adakah kita tidak punya hak lagi bersuara,ingatlah MALAYAN UNION, siapa penyokong dan siapa penentang. Apakah matlamat MALAYAN UNION. Wahai generasi muda Melayu...kami sayang kamu ....Semuga tidak akan pernah ujud MALAYAN UNION versi Baru...By M

Saturday 25 July 2009

LITAR MOTORCROSS


Ayer Hitam yang cukup dikenali ramai kerana keunikan serta kepelbagaian tembikar buatan tempatan mahupun import menjadi pusat sukan permotoran utama Johor apabila satu lagi litar lumba dibuka.

Ketika ini, Ayer Hitam memiliki satu litar motosikal lasak yang sudah berjaya menggamit penggemar sukan itu sejak ia dibuka setahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang,
Datuk Samsol Bari Jamali, berkata litar motosikal lasak sepanjang 1.8 kilometer yang dibina berhampiran pekan Ayer Hitam kini semakin dikenali dan ramai pelumba dari seluruh negara sudah menguji kemahiran mereka di litar berkenaan.

Beliau berkata, kejayaan penganjuran kejohanan motosikal lasak tahun lalu menjadi pendorong pihaknya berusaha menjadikan Ayer Hitam sebagai pusat sukan permotoran utama di negeri ini

Tuesday 21 July 2009

Ingatlah....wahai Genarasi mudaKu


Siapa akan membela mereka......jadikanlah iktibar
SUARA Lim Kit Siang cukup nyaring, berapi-api dan kasar semalam ketika membangkitkan mengenai isu biasiswa kerajaan di Dewan Rakyat - yang dakwanya ia diagihkan secara tidak adil dan hanya mengutamakan orang Melayu dan bumiputera sahaja.

Saya sungguh hairan mengapa beliau membangkitkan isu mengenai kaum itu. Kaum mana yang beliau sebenarnya perjuangkan dalam partinya? Jika orang Melayu ketinggalan dalam serba-serbi adakah beliau akan membelanya? Jika kebanyakan orang Melayu dan kaum bumiputara lain masih terkial-kial di luar bandar - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - membanting tulang di sawah-sawah padi, sedangkan tauke-tauke hidup senang-lenang, adakah DAP akan turut menjadi juara membela mereka?
(Sumber utusan/rencana) By M

SEDAR LAH.....Perjuangan kita terus di cabar....


Semangat perjuangan peninggalan orang terdahulu hendaklah diteruskan demi kelangsungan bangsa dan agama. Jangan sesiapa mudah mencabar kita. Imej dan maruah hendaklah diperkasa. By M

Asal usul Parit Haji Ali


Menurut cerita orang-orang tua, Parit Haji Ali diteroka pada tahun 1920-an oleh pendatang-pendatang dari Pulau Jawa, Indonesia. Semasa sampai di sini, pendatang-pendatang ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai ketua yang akan memilih kawasan yang sesuai untuk dijadikan penempatan.

Antara ketua-ketua kumpulan ini adalah Tuan Haji Ali, Tuan Haji Ali Deron dan Borhan Abdul Manaf. Sebagai memperingati jasa-jasa ketua kumpulan ini, maka kampung-kampung dinamakan sempena nama mereka. Begitu juga nama kampung ini yang diambil daripada nama Tuan Haji Ali Kasran.(Sumber projek USP5) By M

Monday 20 July 2009

...Anugerah Desa Cemerlang Parit Haji Ali



Pematauan Anugerah Desa Cemerlang
Lokasi :Kg Pt Haji Ali
Tarikh :21.07.2009
Jam : 9.00 pagi
Parit Haji Ali terletak kira-kira 20 km dari Bandar Batu Pahat,7km dari Pekan Ayer Hitam dan 60 km dari Pontian Kecil. Manakala pekan terdekat ialah Pekan Parit Raja. Sebaik sahaja memasuki perkarangan kampungan ini, pengunjung pasti terpegun melihat kawasan perkampungan yang bersih. Rumah-rumah penduduk yang dicat menggunakan pelbagai warna memberikan pandangan yang ceria serta menarik. Sekeliling kawasan rumah-rumah ini pula dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis bunga yang cantik dengan pelbagai warna.Aktiviti pertanian dan kepelbagaian sumber pendapatan dapat menjadi contoh kepada kita semua disamping kerukunan hidup antara penduduk di bawah kepempinanan Adun Semarang Datuk Samsolbari Bin Jamali serta JKKK Pt Haji Ali.
Tahniah dan semuga berjaya.
(Sumber YB Datuk Samsol Bari 11.45mlm 20.07.09)
By M

Back To School..MALAYAN UNION and MALAY by M


Dato' Onn Jaafar was born in 1895 at Bukit Gambir, Johor Bahru. His father Dato? Jaafar Haji Muhammad (1838 - 1919) was the first Menteri Besar of Johor while his mother, Hanim Rogayah was from Scarcia, Turkey.

Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapanya Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838 – 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama sementara ibunya pula, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki. Sultan Johor pada ketika itu, iaitu Sultan Ibrahim telah menghantar dan membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Sekembalinya ke tanahair, beliau telah dihantar pula oleh bapanya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu. Sejurus kemudian, beliau mula terlibat dalam bidang politik dan perjuangan bangsa Melayu. Antara penglibatan beliau adalah ketika memegang jawatan sebagai pengarang Warta Ahad dan juga semasa menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, di mana beliau telah membuat dua sumbangan yang besar kepada rakyat Johor, iaitu, menubuhkan Biasiswa Sultan Ibrahim dan memberi tiket penerbangan percuma kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor yang beragama Islam untuk mengerjakan haji.


Pada tahun 1946, British telah menubuhkan Kesatuan Malaya tetapi telah ditentang hebat oleh bangsa Melayu kerana ia merampas kuasa pemerintahan Sultan dan hak istimewa orang Melayu. Dato’ Onn telah bertindak dengan mengadakan Kongres Melayu Sa-Malaya bagi meyatukan orang Melayu untuk menentang Kesatuan Malaya. Wakil-wakil dari 41 Persatuan Melayu telah menghadiri Kongres tersebut yang diadakan dari 1 hingga 3 haribulan Mac tahun 1946. Diantara keputusan yang telah dicapai di dalam Kongres tersebut ialah memulaukan Kesatuan Malaya, berkabung selama tujuh hari dan memakai lilitan putih pada songkok oleh setiap ahli. Kemudian, pada 4 haribulan Mac tahun 1946, Dato’ Onn telah menubuhkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organization) untuk menyatukan bangsa Melayu dalam menentang Kesatuan Malaya secara habis-habisan.


Beliau telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. Sejurus kemudian, beliau telah membuat satu cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada bangsa Malaya yang lain bagi menyelesaikan isu perkauman di dalam politik. Walau bagaimanapun, cadangan beliau telah dibangkang keras oleh orang Melayu dan justeru itu, Dato’ Onn bersara sebagai Presiden pada tahun 1951. Selain daripada mengasaskan UMNO, beliau juga bertanggungjawab dalam meningkatkan taraf kebajikan sosio ekonomi bangsa Melayu dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA). Walaupun gagal di dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 untuk menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama, beliau telah memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah dengan membuka jalan untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tahun 1957. Dato’ Onn meninggal dunia pada tahun 1962 ketika berusia 67 tahun.

Sunday 19 July 2009

19.07.09 / 27 Rejab 1430 Malam Israk-Mikraj


Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya ...” (Surah Al-Israk:1). (foto: Masjid Kubah Batu (Pelancaran Israk Mikraj) atau “Dome of the Rock” di tengah-tengah dataran luas Masjid Al-Aqsa, Jerusalem, Palestin).

Bulan Rejab adalah bulan Israk Mikraj. Ia bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke langit Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab 620M. Di sini pernah didiami ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as,(http://inijalanku.wordpress.com)By M

Antara Amalan di Bulan REJEB>
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
By M

Saturday 18 July 2009

TERIMA KASIH


Kami warga SMKDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada
YB Datuk Samsolbari Bin Jamali,
kerana sudi hadir ke majlis
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SMKDM 2009
dan merasmikan majlis tersebut. Terima kasih di atas sumbangan Beliau untuk pembinaan Bangunan Seni Visual SMKDM berjumlah melebihi RM20000.00.

Wednesday 15 July 2009

TERIMA KASIH


Majlis akan diadakan
Tarikh; 18.07.09
Hari : Sabtu
Masa; 8.00 pg-12.30tgh.
Tempat; Dewan Sri Perdana SMKDM

Dirasmikan oleh:
YB. DATUK SAMSOL BARI BIN JAMALI.
KMN . PIS . DMSM.
ADUN SEMARANG

Wednesday 8 July 2009

Monkey menace plagues villagers


TROOPS of monkeys have been "pillaging" several villages along Jalan Parit Hamid-Parit Botak in Batu Pahat over the past two years.
The primates not only steal produce from orchards and vegetable plots but also foods from kitchens.

This has caused some 10,000 villagers to shut their windows and doors most of the time to avoid further problems.
Measures taken to tackle the monkey menace, including setting up traps and shooting the animals, have proven futile since there are too many of them.
It is estimated that there are at least 4,000 monkeys in the area.
One possible reason for their large presence could be their natural habitat was destroyed to make way for agricultural project.
The monkeys have invaded Kampung Parit Nipah, Kampung Parit Bingan and Kampung Parit Londang, also my Kampung..Lapis Semarang.(Johor buzz) By M
so..what is your action..

Tuesday 7 July 2009

Ketahui barangan Kulit BABI?





1.Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini rajah di atas.
2.Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3.Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4.Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Monday 6 July 2009

Dodol Ayer Hitam


Slightly less than an hour by car north of Johor Bahru, along the North-South Highway, is Ayer Hitam. This is a transit town popular with travelers for its numerous roadside stalls hawking an array of knick-knacks, ceramic wares and local tidbits like prawn crackers, tapioca chips, steamed corn, etc. There are also several traditional coffee shops offering light snacks and refreshments. Close to the town is the famed Aw Pottery, maker of a wide range of potteries, ceramics, jars, pots, vases and home ornamental items.(ayer hitam.com)by M
Dont forget about our DODOL(Home made Dodol.
Renchang-renchang sethoyo kulo sethanten, nikie empun ajeng riathen...Dodol lea boten usah di lalei akey enggeh. By M

Ayer Hitam /Black Water/ Banyu Ireng


Ayer Hitam, which literally means 'Black Water' in Malay,'Banyu Ireng' in Jawa has always been referred to as 'the town that never sleeps', because of the busy town streets where the traffic is endless here, as people would stop here for a meal on their way to Johor Bahru an Kuala Lumpur. It will only take less than an hour to reach here if you travel by car from Johor Bahru.

Sawah Sagil


This is another unique place in Ayer Hitam, the paddy field. The origin of this field was coming from migration of Kedah people tu a village called Kampung Cahaya Baru or another name Kampung Kedah. They came here in late 70’s in 5-10 family and open the paddy field area.(ayer hitam .com) by M

Thursday 2 July 2009

Sejarah Awal Ayer Hitam



Tahukah kita semua sejarah awal Ayer Hitam. Suatu ketika dahulu pada tahun awal 4oan kawasan ini dikenali sebagai Simpang Pulai yang berkesinambungan dengan Simpang Rangam. Sebatang pokok Pulai tumbuh dengan suburnya dipersimpanagn jalan ke arah Johor Bahru, Batu Pahat, Yong Peng dan Kluang.(bersambung)

Wednesday 1 July 2009

Selsema BABI / H1N1



Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita rujuk ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.
“H” bermaksud Hemagglutinin protein
“N” bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi
Tanda awal jangkitan seperti Selsema biasa, batuk, sesak nafas,pening kepala, suhu badan meningkat. Segeralah ke Klinik yang telah disediakan oleh kerajaan kita,

TAPI ada rakan saya, memberi pendapat, mengatakan terdapat diskeriminasi antara BABI dan Burung. Dulu semasa wabak Selsema Burung, habis burung dan spesis yang serupa dengannya di BUNUH (*#@...tapi burung aku selamat) mengapa wabak Selsema BABI ini berbeaza ...tidak pula di hapuskan...(petikan Pn Su Dun Semarang)
By M